Euforia Bola 2026
Famili

RM100 SARA Boleh Jadi RM5,000? Cepat, Tempoh Nak Join Contest ‘SARA Cara Kita’ Hampir Tamat!

Kadang-kadang idea paling simple tu lah yang boleh bagi untung besar.

Kalau anda penerima bantuan SARA Untuk Semua, jangan terus swipe habiskan baki dalam MyKad tu macam biasa. Kali ni, cuba gunakan secara lebih kreatif sebab anda berpeluang menang hadiah tunai sehingga RM5,000 menerusi contest ‘SARA Cara Kita’.

Kempen yang dianjurkan oleh SAYS ini mengajak rakyat Malaysia berkongsi bagaimana mereka memanfaatkan bantuan RM100 dalam kehidupan harian.

Tak kisah sama ada anda gunakan duit SARA untuk beli barang dapur, masak menu berjimat untuk keluarga, beli barang sekolah anak, jadikan modal bisnes kecil-kecilan atau bantu ibu bapa serta jiran yang memerlukan, semuanya boleh dijadikan content untuk peraduan ini.

Asalkan perkongsian anda kreatif, positif dan original, memang layak untuk sertai!

Wang tunai lumayan untuk dimenangi!

Seramai 36 pemenang bakal dipilih dari TikTok dan Instagram.

Hadiah yang ditawarkan:

  • RM5,000 (tempat pertama)
  • RM3,000 (tempat kedua)
  • RM1,500 (tempat ketiga)
  • RM250 untuk 15 pemenang saguhati

Macam mana nak sertai? Ikuti 4 langkah mudah ini:

  1. Post video pendek atau gambar kreatif tentang penggunaan RM100 SARA
  2. Upload di TikTok atau Instagram
  3. Gunakan hashtag #SARACaraKita
  4. Tag @saysdotcom dan pastikan akaun anda dalam mod public

Senang cerita, lagi relatable dan kreatif content anda, lagi tinggi peluang nak menang!

Peraduan ini dibuka sehingga 31 Mei dan khas untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang layak menerima bantuan SARA.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti media sosial SAYS dan SAYS Seismik.  Semoga berjaya, semua!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×