Gelagat anak pasangan popular Malaysia-Korea, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Durian Kimchi, sekali lagi mencuri perhatian warganet.
Telatah comel Rina di media sosial pastinya menerima pujian ramai warganet kerana caranya yang bersahaja ketika berinteraksi dengan ibu tersayang.
Baca juga: Tragedi 1990 Berulang, 9 Anggota FRU Maut Dalam Kemalangan, Malaysia Berduka Hilang Wira Negara…
TELATAH RINA ANAK ‘DURIAN KIMCHI’ BIKIN RAMAI GERAM, COMELNYA

Terbaharu, soalan spontan Rina mengenai warna buah tembikai bukan sahaja mencuit hati, malah menghidupkan suasana ceria dalam ruangan komen.
“Omma, kenapa tembikai warna hijau?” tanya Rina spontan ketika bersama ibunya.
Namun, yang paling menarik perhatian ramai pastinya mengenai respon Maryam sendiri terhadap soalan itu. Dengan penuh tenang dan kasih sayang seorang ibu, Maryam menjelaskan jawapan kepada Rina.
“Sebab mak ayah tembikai warna hijau… dan Allah yang jadikan warna tersebut,” ujarnya.
Jawapan ringkas tetapi penuh makna itu mengundang pujian netizen yang menghargai cara Maryam mengaitkan penerangan sains dan keimanan secara semula jadi.
Ia juga menunjukkan bahawa Maryam bijak menyampaikan ilmu dalam nada yang lembut dan sekali gus mendidik Rina agar lebih faham.
Selain itu, ramai pengguna media sosial yang membalas dengan jawapan kreatif dan kelakar. Ada yang memberi jawapan ilmiah, ada juga yang sekadar membalas dengan gurauan.
“Sebab dia belum marah, kalau marah jadi merah!” komen pengguna TikTok.
Interaksi antara Rina dan pasangan Durian Kimchi ini memperlihatkan bagaimana figura-figura media sosial kini bukan sekadar menjadi tontonan, tetapi juga membentuk komuniti yang erat melalui perkongsian momen-momen positif.
Baca juga: Rider Rempuh Pelajar Perempuan Depan Sekolah, Tak Hirau Pengawal Dah Angkat Bendera Merah!
Sumber: TikTok Durian Kimchi
