Dunia digital makin rancak dan kini REV Media Group serta Remix bersatu untuk mencipta revolusi pemasaran affiliate di Malaysia! Untuk pengetahuan anda, Remix adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat Involve Asia.
Dengan gabungan capaian digital power dari REV Media Group dan kepakaran Remix dalam menguruskan program affiliate, kolaborasi ini memang game changer untuk jenama yang nak boost ‘engagement’, naikkan jualan dan meletopkan pemasaran dengan cara lebih bijak.
Mesti ramai tidak sedar, industri pemasaran affiliate ini sudah cecah nilai AS$20 bilion dan masih berkembang. Tapi sayangnya, banyak jenama di Malaysia belum betul-betul manfaatkan teknik ni.
Oleh itu, REV Media Group dan Remix hadir dengan solusi yang senang, lengkap dan efisien—dari rekrut affiliate, pantau prestasi, sampailah ke strategi pertumbuhan, semuanya dalam satu ekosistem power!
REV Affiliate+: ‘lombong emas’ baru untuk jenama & perniagaan
Antara inisiatif paling hot dalam kolaborasi ni adalah REV Affiliate+, satu platform khas untuk bantu jenama dan perniagaan kembangkan pemasaran mereka.
Dengan strategi pembelian media dan akses kepada rangkaian affiliate luas dari Remix, pelanggan boleh tarik trafik berkualiti tinggi, tingkatkan jualan dan pastikan pulangan masyuk.
Dengan REV Affiliate+, pelanggan berpeluang untuk memperluaskan jangkauan mereka melalui rangkaian penerbit yang kukuh, memastikan strategi pemasaran lebih sistematik dan berkesan serta menggunakan analisis data yang mantap untuk menjana pertumbuhan perniagaan yang lebih kukuh.
Semua ini membolehkan jenama mengoptimumkan kempen pemasaran mereka dengan lebih efisien dan berkesan. Remix pula akan uruskan aktivasi dan pengurusan program affiliate, so tak perlu pening kepala! Dari strategi komisen hingga memastikan affiliate setia, semuanya dijaga rapi supaya setiap kempen meletop!
Yang lagi menarik, REV Media Group akan boost usaha ni dengan kelebihan mereka seperti:
- Inventori iklan paparan & video untuk tarik lebih banyak audiens.
- Kandungan viral & exposure media sosial untuk capai lebih ramai pengguna.
- Kempen khas pemasaran affiliate yang tailored ikut target audience.
Inisiatif ini melibatkan penerbit terkemuka di bawah REV Media Group seperti SAYS, OhBulan!, Viralcham, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.
Masa depan pemasaran affiliate dah bermula

Kolaborasi REV Media Group & Remix bukan biasa-biasa, sebab mereka tengah set standard baru untuk pemasaran affiliate di Malaysia. Dengan pendekatan inovatif ni, pelanggan boleh pukau audiens, tingkatkan jualan dan rancang strategi pemasaran jangka panjang yang solid!
Menurut Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, “Pemasaran affiliate ni sebenarnya satu lubuk emas yang ramai belum explore sepenuhnya. Dengan gabungan capaian media luas dan kepakaran Remix, kami sediakan ekosistem lengkap untuk jenama yang nak grow dengan pantas!”
Tambah pula, Chris Wee, Ketua Pegawai Digital REV Media Group, cakap “Kolaborasi ni bukti komitmen kami untuk hasil yang lebih measurable dan impactful. Bersama, REV Media Group dan Remix bakal bawa jenama ke next level!”
Bagi René Menezes, Pengarah Eksekutif Remix & Presiden Involve Asia, ini adalah game changer untuk pemasaran affiliate. “Dengan reach luar biasa dari REV Media Group dan kepakaran kami dalam pengurusan program affiliate, kami cipta solusi power untuk maksimumkan keuntungan dan growth pelanggan!”
So, kalau nak join REV Affiliate+, ini lah masanya! Dengan REV Media Group dan Remix, perniagaan anda boleh capai level lain macam tanpa perlu spend bajet gila-gila. Jom sertai revolusi pemasaran affiliate dan naikkan bisnes ke tahap seterusnya!
