Media baru-baru ini melaporkan berita mengejutkan apabila sebuah restoran ayam goreng terkenal di Indonesia dilaporkan tidak halal.
Restoran ayam goreng terkenal, Ayam Goreng Winduran mendedahkan bahawa salah satu menu mereka ada menggunakan minyak babi dalam proses penyediaannya.
Baca juga: Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 2025 Pada 7 Jun (Sabtu) Depan
RESTORAN AYAM GORENG INI TERNYATA TAK HALAL

Menurut pengusaha restoran tersebut, Ranto memberitahu pihak pengurusan telah menjelaskan menu yang halal dan tidak halal kepada pelanggan selain menandakan di dalam menu.
Menu yang tidak halal adalah ayam goreng yang disajikan bersama kremesan, iaitu sejenis topping rangup yang digoreng dengan minyak babi.
“Sudah diberitahu bahawa itu tidak halal dan kami juga ada tandakan di dalam menu. Yang viral itu (yang tidak halal) adalah kremesnya,” kata Ranto.
Berhubung isu ini, pihak pengurusan telah menyampaikan permohonan maaf melalui hantaran di laman Instagram pada Jumaat (23 Mei), selepas tercetus kontroversi di media sosial.
“Kami telah meletakkan keterangan ‘Non Halal’ dengan jelas di semua outlet dan media sosial rasmi kami,” tulis pihak pengurusan.
Ketua Jabatan Perdagangan Solo, Agus Santoso, turut memberi kenyataan di mana pasukan mereka akan turun ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan ke restoran ayam goreng terbabit.
Sebelum ini, kekecohan tercetus di platform X, apabila salah satu pelanggan terkejut setelah mengetahui bahawa ayam goreng disajikan tidak halal kerana ramai pelanggan Islam di restoran tersebut.
Ayam Goreng Widuran merupakan sajian legenda di Solo yang telah wujud sejak tahun 1973. Walaupun dikenali dengan menu ayam kampung berempah dan kremesan yang rangup, ramai pelanggan khususnya yang beragama Islam baru mengetahui bahawa kremesan di situ menggunakan minyak babi.
Beberapa pelanggan Muslim mengaku pernah makan di sana tanpa mengetahui maklumat itu. Tambahan pula, restoran tersebut terkenal dengan menu ayam gorengnya, menyebabkan ramai pengunjung beranggapan bahawa restoran itu halal.
Pihak Ayam Goreng Widuran kini telah meletakkan maklumat “tidak halal” di Instagram dan di Google Review mereka bagi mengelakkan salah faham.
Baca juga: Pemandu Teksi Luah Rasa Kecewa, Ramai Pelajar Universiti ‘Scan’ Kod QR Tapi Tak Bayar Tambang!
Sumber: CNN Indonesia
