Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Viral Egg Tart Mixue, Cuma Guna 4 Bahan Saja Memang Lain Macam Sedap Dia!

Egg Tart Mixue

Siapa sangka ais krim Mixue boleh dijadikan bahan utama untuk membuat pencuci mulut yang lembut, manis dan wangi? Itulah yang membuatkan Egg Tart Mixue kini menjadi bualan hangat di media sosial.

Resipi mudah ini mula dikongsikan oleh Nmira Zainuddin di Facebook dan terus tular kerana cara penyediaannya yang ringkas, tetapi hasilnya cukup memuaskan.

Baca juga: Cara Buat Acar Rampai Paling Mudah & Rangup, Sebiji Rasanya Macam Lauk Kenduri Kahwin!

RESIPI ‘VIRAL’ EGG TART MIXUE

Egg Tart Mixue

Gambar: Nmira Zainuddin

Dengan hanya menggunakan empat bahan asas dan bantuan air fryer, anda boleh menghasilkan egg tart gebu dan berkrim dalam masa kurang 15 minit.

Paling menarik, resipi asal ini dikreditkan kepada hannyhardy, yang berjaya mencipta versi moden egg tart viral menggunakan ais krim Mixue perisa Original. Di mana, ia merupakan gabungan unik yang sedang mencuri perhatian ramai pencinta manisan!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan ais krim Mixue Flavour Original
  • 2 biji telur
  • ½ sudu kecil esens vanila (pilihan, untuk hilangkan bau telur)
  • Gula secukupnya (pilihan, jika suka rasa manis)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
  2. Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau garpu.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan tart atau bekas kecil tahan haba.
  4. Panaskan air fryer pada suhu 180°C selama 2 minit.
  5. Masukkan acuan tart dan bakar selama 10 minit pada suhu 180°C.
  6. Jika belum masak sepenuhnya, tambah masa 1–2 minit bergantung pada jenis air fryer.
  7. Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.

Baca juga: Mak-Mak Dulu Rajin Rendam Beras Sebelum Masak, Rupanya Bukan Petua Kosong Ada Sebab Sains!

Egg Tart Mixue

Gambar: Nmira Zainuddin

Tip tambahan:

  1. Boleh gantikan ais krim Mixue perisa Original dengan perisa lain seperti coklat atau strawberi untuk rasa berbeza.
  2. Taburkan serbuk gula halus di atas tart sebelum dihidangkan untuk tampak lebih menarik.
  3. Simpan lebihan tart dalam peti sejuk dan panaskan semula dengan air fryer supaya kekal lembut dan sedap.

Kalau anda jenis yang suka mencuba resipi viral, Egg Tart Mixue ini memang wajib masuk senarai. Ringkas, tak renyah dan hasilnya pasti membuatkan anda nak ulang buat lagi!

Baca juga: Sup Sarang Burung Versi Homemade Ala Orang Cina Buat, Resipi Wanita Ini Buat Ramai Terliur Nak Cuba!

Sumber: Nmira Zainuddin

FT Image: Nmira Zainuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×