Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Soto Ayam Kuah Pekat & Penuh Rasa Rempah, Ini Bukan Sup Biasa-Biasa!

soto ayam

Soto Ayam merupakan menu popular yang sering disajikan di majlis keramaian, seperti di rumah terbuka Hari Raya. Salah satu keistimewaan hidangan ini adalah pada kuahnya yang boleh digandingkan dengan apa sahaja bahan utama seperti nasi impit, bihun atau mi kuning.

Justeru itu, bagi memikat selera keluarga dan tetamu di rumah, jom pelajari resipi Soto Ayam mudah yang mempunyai kuah pekat dengan penuh rasa rempah. Ya, ia bukan sup biasa yang anda biasa nikmati!

Baca juga: Resipi Biskut Durian Viral, Rasa & Bau Sebijik Macam Buah Durian Betul, Jom Cuba Buat!

RESIPI SOTO AYAM BERSAMA KUAH PEKAT BEREMPAH

soto ayam

Gambar: EzahHazreen

Resipi soto anti gagal. Bolehlah buat masa rumah terbuka raya nanti.

Hari ini, masak Soto Ayam tapi terajin pula ambil gambar dan buat resipi. Ini bukan soto kuah sup biasa ya, ini soto yang pekat rasa rempah.

Alhamdulillah, dah 4 tahun buat soto ayam pakai resipi ini, suami tak pernah jemu makan dan mak mertua pon puji sedap.

Nak mudah guna pes soto yang dah siap ini, guna ini pun sedap tau. Perencah sup tulang boleh dapatkan di sini.

Baca juga: Resipi Rendang Sotong Yang Tersangat Mudah, Proses Masak Pun Tak Sampai Berjam Lama!

RESEPI KUAH SOTO

soto ayam

Gambar: EzahHazreen

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang Holland
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk kunyit

Bahan lain:

  • Serai (titik)
  • Bunjut sup tulang & 3 sekawan
  • Ayam
  • Perencah sup
  • Perencah kurma
  • Kiub pati

Bahan tabur:

resepi sotong

Gambar: EzahHazreen

  • Isi ayam goreng yang dicarik
  • Nasi impit
  • Bihun
  • Kacang tanah goreng
  • Hirisan daun sup / daun ketumbar
  • Sayur togeh yang direbus
  • Suhun goreng
resepi soto

Gambar: EzahHazreen

  1. Tumiskan empat sekawan di dalam sedikit minyak panas.
  2. Masukkan bahan kisar bersama serai yang dititik sehingga naik minyak.
  3. Perencah  sup dan kurma kacau dalam air terlebih dahulu dan kemudian masukkan ke dalam kuali.
  4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  5. Tuangkan air untuk dijadikan kuah dan masukkan sup bunjut.
  6. Setelah kuah menggelegak, masukkan kiub pati.
  7. Selepas itu, bawa keluar ayam rebusan yang telah masak dan carikkan.
  8. Akhir sekali, masukkan garam ke dalam kuah.

Baca juga: Resipi Biskut Rangup Choc Chip & Red Velvet Paling Laris, Hanya Guna Bahan Yang Sama Je!

SAMBAL KICAP

resepi soto

Gambar: EzahHazreen

  • Cili padi hijau
  • Cili padi merah
  • Bawang putih
  1. Gorengkan bahan di atas sehingga sedikit layu.
  2. Tapis dan pindahkan ke dalam mesin pengisar.
  3. Masukkan bahan gorengan, kicap masin, gula dan perahan limau untuk dikisar halus.

Taraaa~ Akhirnya, hidangan Soto Ayam sedia untuk dinikmati bersama taburan bahan sampingan dan sambal kicap!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Madu, Kuah Pekat Macam Ini Buat Makan Bertambah Pinggan!

Sumber: Anne Deena

FT Image: EzahHazreen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×