Sambal bilis bunga kantan bukan sahaja unik dari segi nama, malah rasanya yang harum dan pedas mampu membangkitkan selera. Resipi ini dikongsikan oleh Nazz Mernas di Facebook, hasil idea menggunakan bunga kantan yang banyak dikutip oleh suaminya di belakang rumah.
Katanya, cuba sekali pasti nak lagi!
RESIPI SAMBAL BILIS BUNGA KANTAN

Gambar Nazz Mernas
Bayangkan bila sambal ini dihidangkan panas-panas bersama nasi putih baru masak, memang tak perlu lauk lain. Makan dengan bubur nasi pun jadi teman yang sempurna.
Bahan-bahan
- 3 kuntum bunga kantan – dihiris halus
- 2 genggam ikan bilis – dibasuh, direnjis sedikit cuka, kemudian digoreng rangup
- 2 senduk kecil cili kisar*
- 1 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- Gula kelapa secukup rasa
- Sedikit garam
- Minyak masak (jangan kedekut)
Bahan bertanda * perlu dikisar bersama.
Cara penyediaan:

Gambar Nazz Mernas
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan warnanya menjadi lebih gelap.
- Masukkan gula, garam dan hirisan bunga kantan.
- Masak sehingga sambal agak kering dan sebati rasanya.
- Tutup api dan biarkan sambal sejuk terlebih dahulu.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng yang sudah rangup.
- Kacau rata, siap untuk dihidangkan!
Baca juga: Resipi Pajeri Terung Serba-Serbi Cukup Rasa, Hidangan Wajib Di Meja Kenduri Orang Kampung!
Tip rahsia rangup
Pastikan sambal betul-betul sejuk sebelum dicampurkan dengan ikan bilis. Kalau tidak, bilis akan jadi lembik dan hilang kerangupan.
Resipi sambal bilis bunga kantan ini memang wajib dicuba. Perpaduan pedas cili, aroma segar bunga kantan dan kerangupan bilis menjadikan hidangan ini sesuai dimakan bila-bila masa.
Selamat mencuba!
Baca juga: Sup Kaki Ayam Teknik 5:30:7 Jimat Gas & Cepat Lembut, Ramai Sudah Cuba Memang Menjadi
Sumber: Nazz Mernas
FT Image: Nazz Mernas
