Nak sambut Raya Korban tapi masih tercari-cari resipi perapan yang padu? Jom cuba resipi perapan rempah daging dan ayam bakar yang bukan saja mudah disediakan, tapi cukup serbaguna kerana sesuai untuk barbeque, daging korban, bahkan satay!
Perapan ini menggunakan bahan-bahan segar seperti bawang, halia, serai dan ditambah pula dengan kombinasi rempah ratus yang menaikkan aroma serta rasa. Perap semalaman, bakar atas arang dan hidangkan panas-panas. Confirm ramai puji!
Baca juga: Dari Sup Tulang Ke Gulai Lemak, Ini 3 Sajian Daging Korban Yang Melekat Di Hati!
RESIPI PERAPAN REMPAH DAGING & BBQ

Gambar perapan daging atau ayam bakar
Lagi sehari akan sambut raya korban, macam biasa tiap-tiap tahun saya awal-awal akan siapkan Rempah Daging atau Ayam Bakar (nak gunakan untuk perapan satay pun boleh) dan jugak Rempah Perapan Barbeque.
RESEPI PERAPAN DAGING / AYAM BAKAR
Resepi rempah ayam bakar ini best sangat. Nak makan dengan nasi kerabu pun best dan BBQ pun sama.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam,
- 7-8 ulas bawang merah,
- 5-6 bawang putih,
- 2 inci halia,
- 2 inci kunyit hidup,
- 6 batang serai,
- 1 sdb serbuk jintan manis
- 1 sdb serbuk ketumbar
- sedikit pes asam jawa,
- 5 keping gula melaka (kalau nk manis boleh tambah)
- sedikit garam,
- sedikit ajinomoto
- sedikit pewarna kuning/ oren.
- Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar lumat.
- Masukkan dalam bekas besar dan campurkan dengan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, juga pes asam jawa, garam, ajinomoto dan gula melaka yang telah diracik halus serta sedikit pewarna.
- Gaul rata-rata hingga gula hancur.
- Perap bersama-sama ayam yang telah dipotong kecil-kecil selama 3-4 jam atau semalaman.
- Bakar atas dapur arang atau pemangang ajaib. Renjiskan minyak yang bercampur serai yang diketuk semasa membakar.
Baca juga: Duit Gaji Dah Nazak? Ini 21 Menu Hujung Bulan Yang Confirm Kenyang & Sedap!
RESEPI PERAPAN BARBEQUE (BBQ)

Gambar perapan BBQ
Bahan-bahan:
- 2 kg daging kambing, ayam/ daging
- 4 biji bawang merah besar**
- 4 batang serai**
- 5 ulas bawang putih**
- 2 sdb cili kering**
- 1 sdb lada hitam tumbuk kasar
- 1/2 cawan sos BBQ
- 1/2 cawan sos tiram
- 1/2 cawan sos blackpepper
- 1/2 cawan kicap manis
- 2 sdb gula pasir/ gula merah
- 1/2 cawan minyak masak
- 1sdb rosemary kering
- 2 sdb serbuk cili
- Sedikit pewarna oren (optional- saya tambah untuk naikkan warna perapan)
- Bersihkan daging kambing atau ayam atau daging. Tos dan ketepikan.
- Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan bertanda ** yang dikisar dengan kesemua jenis sos.
- Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren.
- Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati.
- Masukkan daging atau ayam yang dicuci ke dalam bahan perapan tadi dan gaul rata-rata.
Perap selama 2 jam, nak lagi sedap perap semalaman. Saya perap sebelah pagi dan malamnya saya bakar. Makan panas-panas cecah dengan sos Thai. Alhamdullilah sedap!
Baca juga: Resipi Dadih Tutti Frutti Viral 3 Bahan Ringkas! Mudah Nak Buat & Sedap Tak Terkata
Sumber: Rozmaliza Omar
FT Image: Rozmaliza Omar
