Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Kuah Lodeh Lontong Berlemak Istimewa, Dapat Yang Ini Tak Henti Menghirup!

kuah lodeh

Lontong yang disajikan dengan kuah lodeh berisi sayur-sayuran merupakan menu pilihan yang tidak asing di bulan Syawal, terutamanya di Negeri Johor. Sayur lodeh yang berlemak kuning ini mempunyai rasa unik yang mampu memikat selera sesiapa sahaja yang sedang menikmatinya.

Jadi, untuk merasai kenikmatan kuah lodeh ini, ikuti perkongsian resipi oleh أختي اراني. Dah siap kuah lodeh nanti jangan lupa makan bersama lontong (nasi himpit), sambal ikan bilis dan telur rebus!

Baca juga: Cara Buat Lemang Kukus Pakai Daun Pisang, Lebih Mudah & Tak Perlu Susahkan Diri Cari Buluh!

RESIPI LONTONG KUAH LODEH

kuah lodeh

Gambar: أختي اراني

Alhamdulillah Kuah lontong in the house. Permintaan dari suami kesayangan saya semalam, katanya teringin nak makan lontong. Dekat bawah ini Cikraa kongsikan resipi kuah lontong.

Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Cepat, Set Lengkap Sekali Ayam Masak Merah & Acar Mentah!

Bahan-bahan:

kuah lodeh

Gambar: أختي اراني

  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang carrot – potong panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon
  • 1 keping fucuk – potong panjang
  • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 cawan udang hidup
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar:

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering
  1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
  2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
  3. Masukkan santan separuh periuk dan kacau sampai mendidih.
  4. Masukkan kunyit sampai warna nampk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng sehingga lembik baru sedap makan lontong.
  5. Kacau guna api perlahan sahaja.
  6. Akhir skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Baca juga: Resipi Soto Ayam Kuah Pekat & Penuh Rasa Rempah, Ini Bukan Sup Biasa-Biasa!

RESIPI SAMBAL IKAN BILIS

sambal ikan bilis

Gambar: أختي اراني

Bahan-bahan:

  • 250 gram ikan bilis
  • 1 kg minyak masak – guna separuh dan ditambah sedikit sedikit
  • 160 gram cili kering – rebus dan kisar
  • 1-2 keping gula Melaka
  • Gula secukupnya
  • Garam
  • 2 keping asam keping – atau secukup rasa
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Sedikit aji no moto – jika suka
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji bawang besar Holland – hiris

Bahan kisar:

  • 1 kg bawang merah
  • 100 gram/15 ulas bawang putih – pilihan
  1. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi. Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya ianya perisa dan sebati.
  2. Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power. Masukkan daun pandan.
  3. Masukkan cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat.
  4. Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga ianya benar benar masak.
  5. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi.
  6. Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa.
  7. Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa apa rasa yang kurang dalam sambal.

Nota:

Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap. Selepas diangkat, bolehlah disendukkan keluar minyak yang berlebihan dalam sambal ikan bilis.

Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan, Rangup Dan Pastinya Enak Rasa Coklat Premium!

Sumber: أختي اراني

FT Image: أختي اراني

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×