Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Lemang Kukus Pakai Daun Pisang, Lebih Mudah & Tak Perlu Susahkan Diri Cari Buluh!

lemang kukus

Ada orang lebih suka membuat lemang kukus kerana ia tidak perlu menggunakan batang buluh seperti kebiasaannya, yang merupakan cara tradisi turun-temurun.

Selain itu, lemang kukus yang menggunakan daun pisang sebagai pembalut adalah lebih mudah dan tidak renyah prosesnya berbanding yang dibakar. Jom berlemang bersama resipi dan tips yang dikongsikan Hairul Hamid di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Cepat, Set Lengkap Sekali Ayam Masak Merah & Acar Mentah!

RESIPI LEMANG KUKUS TANPA GUNA BULUH

lemang kukus

Gambar: Hairul Hamid

Bahan-bahan:

  • Beras pulut – 4 cawan
  • Santan – 2 biji kelapa
  • Daun pandan – sehelai
  • Daun pisang – sehelai
  • Garam – Secukup rasa

Baca juga: Resipi Soto Ayam Kuah Pekat & Penuh Rasa Rempah, Ini Bukan Sup Biasa-Biasa!

Cara memasak:

resepi lemang kukus

Gambar: Hairul Hamid

  1. Rendam beras pulut 2 jam.
  2. Kukuskan beras pulut bersama santan, sedikit garam dan daun pandan.
  3. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
  4. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
  5. Dah siap balut bolehlah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

Ok siap dah. Selepas itu, ikut suka anda semua nak cicah kuah kacang ke rendang ke kari ke gula ke atau susu.

lemang kukus

Gambar: Hairul Hamid

Kredit resipi: Hairul Hamid

Baca juga: Resipi Rendang Sotong Yang Tersangat Mudah, Proses Masak Pun Tak Sampai Berjam Lama!

Sumber: Mohd Izul via Aneka Resepi Untuk Anda

FT Image: Hairul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×