Euforia Bola 2026
Dapur

Suami Puji Ngam Dengan Tekak! Wanita Ini Kongsi Resipi Kimchi Jjigae Rasa Korea Tapi Jiwa Melayu!

resipi Kimchi Jjigae

Kalau anda penggemar masakan Korea, tetapi masih mencari resipi yang kena dengan selera tempatan, resipi Kimchi Jjigae perkongsian Zurina Zulkefli di Facebook ini memang wajib cuba!

Katanya, daripada semua masakan Korea yang pernah dimasak, inilah satu-satunya yang “ngam dengan tekak Melayu” suaminya.

Baca juga: Wanita Kongsi Versi ‘Rajin’ Garam Kunyit Guna Bahan Segar Buat Aroma & Rasa Lebih Kuat, 2 Bulan Pun Masih Elok!

RESIPI KIMCHI JJIGAE VERSI TEKAK MELAYU

resipi Kimchi Jjigae

Gambar Zurina Zulkefli.

“Suami cakap, dalam banyak-banyak masakan Korea yang saya masak, yang ini baru ngam dengan tekak Melayu dia. Korean Kimchi Jjigae atau bahasa mudahnya sup kimchi,” ujarnya.

Menurut Zurina, kali ini beliau tidak lagi menggunakan bahan asli seperti gochujang (Korean chili paste) dan gochugaru (Korean chili flakes) kerana tak berapa kena dengan selera suaminya.

Sebaliknya, Zurina mencuba paket paste Kimchi Jjigae jenama Sudee yang dibeli di kedai Eco Shop dan hasilnya, sangat memuaskan!

“Saya tak tambah sebarang kiub ayam atau garam, rasa dia dah elok. Mudah je dan sedap. Ada rasa masam kimchi tapi tak pedas,” tulis Zurina.

Bahan-bahan:

  • Minyak masak atau minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daging ayam (dihiris nipis)
  • 1 paket rencah Kimchi Jjigae jenama Sudee
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar kimchi (atau boleh ganti dengan kobis cina)
  • Cendawan enoki
  • Tauhu lembut
  • 1 biji telur
  • Daun bawang (dihiris untuk taburan)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak atau minyak bijan di dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih cincang hingga naik bau.
  3. Masukkan hirisan ayam dan tumis hingga masak.
  4. Tuangkan sepaket rencah Kimchi Jjigae dan kacau sebati.
  5. Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
  6. Masukkan dua sudu besar kimchi (jika tiada, boleh guna kobis cina). Rebus hingga lembut.
  7. Masukkan cendawan enoki dan tauhu lembut. Biarkan mendidih.
  8. Pecahkan sebiji telur dan biarkan ia masak di dalam sup.
  9. Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.

Hidangan ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi panas, dua-dua pun sedap!

Baca juga: Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!

resipi Kimchi Jjigae

Gambar Zurina Zulkefli.

Ruang komen pun ‘meriah’ – ramai tanya jenama Halal

Menariknya, ruangan komen di hantaran Zurina turut dibanjiri soalan tentang jenama bahan masakan Korea yang halal untuk dibeli. Berikut antara jawapan dan cadangan pengguna lain:

  • “Kalau ikut tekak saya, jenama Jongga (halal) paling sedap, beli di Aeon. Kedua jenama Bibigo.”
  • “Minyak bijan jenama Nona paling sedap dan wangi setakat ini.”
  • “Paste rencah Kimchi Jjigae jenama Sudee pun produk bumiputera Muslim, boleh lah support.”

Baca juga: Cara Buat Acar Rampai Paling Mudah & Rangup, Sebiji Rasanya Macam Lauk Kenduri Kahwin!

Sumber: Zurina Zulkefli

FT Image: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×