Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Kerabu Jantung Pisang Viral, Rasa Kampung Paling Padu & Sedap Sampai Anak Pun Puji!

kerabu jantung pisang

Kerabu jantung pisang bukan sekadar menu kampung, tapi satu hidangan nostalgia yang penuh rasa. Perkongsian resipinya oleh Faizah Dasuki di Facebook baru-baru ini menarik perhatian ramai, khususnya pencinta ulam-ulaman dan hidangan berteraskan santan.

Menurutnya, menu tersebut antara kerabu yang paling digemarinya, namun renyah menjadi sinonim hidangan ini. “Banyak langkah nak buat, tapi bila dah siap terasa puas,” katanya.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Style Thai, Sekali Buat Terus Jatuh Cinta!

RESIPI KERABU JANTUNG PISANG CARA FAIZAH DASUKI

kerabu jantung pisang

Gambar: Faizah Dasuki

Dalam keluarga mereka, jenis jantung pisang Abu sering disebut sebagai yang paling sedap untuk dibuat kerabu. Faizah berkongsi lagi, tidak ada pun masalah untuk gunakan apa sahaja jenis jantung pisang yang ada di sekeliling rumah anda.

“Kalau nak buat kerabu ini tak cukup guna sebiji jantung ya. Sekurang-kurangnya kena buat 4-5 biji baru berbaloi. Lagi pun, bila kita dah peras jantung pisang yang dah direbus itu, kejadiannya adalah sedikit,” katanya lagi.

Penyediaan jantung pisang:

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Bersihkan jantung pisang, kupas kulitnya yang berwarna ungu hingga ke bahagian yang ada putih + sedikit ungu.
  3. Belah dua dan masukkan ke dalam periuk, penting untuk masukkan jantung pisang dalam air yang dah mendidih.
  4. Rebus hingga lembut. Bila dah lembut, angkat dan tapis untuk buang lebihan air.
  5. Bila dah sejuk, pakai glove plastik dan peras lebihan air pada jantung pisang.

Penyediaan bahan lain:

  1. Seterusnya, grill ikan kembong atas kuali hingga masak.
  2. Asingkan isi dari tulang ikan.
  3. Perah santan segar (tak perlu pekat sangat dan cair sangat).
  4. Panaskan sekejap dalam periuk sambil kacau untuk elakkan pecah minyak.
  5. Perah 10 biji limau kasturi, lebih pun tak apa lagi sedap.
  6. Hiris 1 labu bawang besar dan 4 biji cili padi.

Baca juga: Tak Guna Gandum Tapi Tepung Ini Buat Jemput-Jemput Ikan Bilis Lebih Gebu & Rangup, Tengah Hujan Memang Layan

kerabu jantung pisang

Gambar hiasan: Freepik

Penghasilan menu kerabu jantung pisang:

  1. Campurkan jantung pisang yang dah diperas airnya, santan, isi ikan kembong, hirisan bawang, cili padi dan jus limau kasturi.
  2. Perasakan dengan garam dan gula supaya seimbang rasanya.

Faizah menambah, ada yang letak lada hitam, tetapi baginya tak perlu pun. Cukup sekadar cili padi, dan rasa itu dah cukup kick, cukup ummph dan cukup buai rasa kampung.

TIP PENYIMPANAN AGAR TAHAN LAMA

Oleh kerana hidangan ini menggunakan santan, Faizah menasihatkan untuk simpan dalam peti sejuk selepas makan supaya tidak cepat basi.

Nak ratah begitu sahaja pun sedap, sampai anaknya, Amna buat pertama kali makan pun terus jatuh cinta. Siap ratah lagi! Itu bukti kerabu ini memang bukan sekadar cukup rasa, tapi cukup sampai ke jiwa.

Baca juga: Suami Puji Ngam Dengan Tekak! Wanita Ini Kongsi Resipi Kimchi Jjigae Rasa Korea Tapi Jiwa Melayu!

Sumber: Faizah Dasuki

FT Image: Faizah Dasuki / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×