Ramai yang tak tahan tengok kek comel warna-warni ini, sampai tak sabar-sabar minta resipinya! Jadi hari ini penulis kongsikan resipi Bingsu Cheese Cake Candy Laici kegemaran ramai.
Khabarnya, kek ini memang best seller. Menurut Azlina Ina, setiap hari pencuci mulut boleh terjual antara 100 ke 150 kotak. Jom tengok rahsia di sebalik keenakan kek viral ini!
Baca juga: Petua Cuci Kerang Berlumpur Teruk, 2 Bahan Ini Boleh ‘Muntah’ Segala Isi Perut Yang Kotor!
RESIPI KEK COMEL ALA PENCUCI MULUT BINGSU KOREA

Gambar oleh: Azlina Ina
Sebab ramai sangat yang minta resipi kek comel ini. Maka, hari ini saya tunaikan.
Best seller kami di Red houze Bakery HQ Bukit Raja sebab 1 kek ada 4 perasa. Harga RM10 sahaja. Setiap hari 100-150 box mesti licin.
Baca juga: Perapan Rempah Daging & BBQ Istimewa Ala Kenduri Kampung, Wajib Cuba Raya Korban Kali Ini!
BINGSU CHEESE CAKE CANDY LAICI
Bahan-bahan kek acuan saiz 4 inci:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sb ovalate
- 1 sb perisa laici
- 1 sk colour biru
- 1 sk cream tartar
- 1 sk soda bikarbonat
- 2 cawan tepung self rising
- Satukan telur, gula halus, ovalette, perisa laici, pewarna biru, cream tartar, soda bikarbonat dan tepung naik sendiri dalam satu bekas.
- Selepas itu, mix sampai jadi putih gebu.
- Kemudian, masukkan ¼ cawan susu full cream dan putar lagi sebati.
- Masukkan ¼ cawan minyak jagung dan mix sampai sebati lagi.
- Tuang adunan ke dalam acuan yang sudah disapu minyak.
- Seterusnya, tutup adunan pakai wraping plastic.
- Kukus selama 20 minit, keluarkan dan sejukkan seketika.
Baca juga: Dari Sup Tulang Ke Gulai Lemak, Ini 3 Sajian Daging Korban Yang Melekat Di Hati!
Bahan-bahan topping:

Gambar oleh: Azlina Ina
- 500g cream cheese
- ½ cawan susu pekat
- 1 cawan susu full cream
- ½ cawan whipping dairy
1. Kisar semua bahan dalam mesin pengisar sampai sebati.
2. Kemudian, ambil dan bahagikan kepada 3 bahagian:
- Bahagian pertama: original, nak letak laici pun boleh
- Bahagian kedua: letak perisa strawberry dan pewarna pink sedikit saja
- Bahagian ketiga: letak perisa mangga, pisang atau nanas mengikut kesukaan dan pewarna kuning lemon sedikit saja.
3. Selepas itu, tuangkan ke atas kek mengikut corak pewarna yang anda rasa cantik.
4. Akhir sekali, sejukkan.
Siap untuk dinikmati!
Baca juga: Wanita Kongsi Kreativiti Guna Resipi Kek Batik Khairul Aming, Siap Buat Lukisan Macam Batik Asli!
Sumber: Azlina Ina
Ft Image: Azlina Ina
