Kari ikan jenahak memang antara lauk yang tak pernah jemu dimakan, lebih-lebih lagi jika kuahnya pekat dan aromanya wangi semerbak.
Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @ainnzn, menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi pengalaman menyediakan hidangan ini dengan teknik istimewa iaitu pecah minyak sehingga lima kali untuk hasil yang lebih kaw.
Baca juga: 6 Pantang Larang Mengail Udang Galah Perlu Kaki Pancing Tahu, Elak Dapat Masalah Dengan ‘Sang Bedal’
RESIPI KARI IKAN JENAHAK

Gambar oleh Threads @ainnzn
“Alhamdulillah, berjaya saya masak kari ikan jenahak pecah minyak malam ini. Ikut tips-tips dari warga thread. Cantik betul kejadiannya. Suami saya kata dinner malam ini mantap betul!
Macam nasi kandar. Mana taknya, siap ada telur rebus dan ulam-ulaman. Sealamat menjamu selera sayangku. Alhamdulillah,” kongsi @ainnzn di Threads.
Bagi yang mahu mencuba, berikut perkongsian resipinya.
Bahan-bahan:
- Ikan jenahak
- Minyak masak
- 1 sudu besar halba campur
- 10 helai daun kari
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- 6 sudu rempah kari ikan
- 2 sudu rempah cili
- 2 sudu rempah kunyit
- ½ santan kotak (saiz kecil)
- Air secukupnya
- Garam
- Gula
- Bendi
- Tomato

Gambar oleh Threads @ainnzn
Cara-cara memasak:
- Panaskan minyak, tumis halba campur bersama daun kari hingga naik bau.
- Masukkan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, halia), tumis hingga garing.
- Tambah rempah kari, rempah cili dan rempah kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
- Ulang proses pecah minyak ini sehingga lima kali (inilah rahsia kuah pekat dan beraroma).
- Selepas itu, tuang santan, kacau hingga santan pun pecah minyak.
- Masukkan air secukupnya, perasakan dengan garam dan gula.
- Akhir sekali, masukkan potongan ikan bersama bendi dan tomato.
- Tutup periuk dan biarkan ikan masak sempurna.
“Sini saya sertakan resipi ya. Akhir sekali, kalau nak lebih mantap boleh tabur hirisan daun ketumbar. Confirm menjilat jari. Selamat mencuba kakak-kakak semua!” tambahnya.
Hasilnya, kuah kari menjadi pekat, ikan segar lembut, manakala rasa manis bendi dan masam segar tomato melengkapkan hidangan. Dimakan bersama nasi panas, pasti membuka selera keluarga.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi pengalaman anda!
Sumber: Threads @ainnzn
FT Image: Threads @ainnzn
