Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Style Thai, Sekali Buat Terus Jatuh Cinta!

ayam goreng bawang putih

Setiap kali sebut makanan dari Thailand, terbayang salad mangga, tomyam panas berasap dan pastinya dokumen pengenalan diri untuk masuk sempadan. Tapi jujur cakap, ada satu lauk ringkas yang ramai tergila-gila bila ke sana iaitu ayam goreng bawang putih yang rangup dan super wangi!

Baca juga: Tak Guna Gandum Tapi Tepung Ini Buat Jemput-Jemput Ikan Bilis Lebih Gebu & Rangup, Tengah Hujan Memang Layan

RESIPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH

ayam goreng bawang putih

Gambar: Astiey Nurasiah

Malah, content creator Astiey Nurasiah (atau lebih mesra dipanggil Kak As) sendiri tak pernah terlepas memesan menu ini bila bercuti ke Thailand. Cuma, katanya… bila masak sendiri dekat rumah, lagi padu rasanya!

“Kalau pergi Thailand, Kak As suka betul ayam goreng bawang putih ini. Tapi masak sendiri lagi sedap dan gengkan dengan masak lemak pucuk ubi hahaha.”

Bahan-bahan

  • Isi ayam (ikut jumlah ahli keluarga)
  • 3 inci halia
  • 10 ulas bawang putih (untuk blend)
  • 10 ulas bawang putih atau lebih (untuk diketuk & digoreng)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Serbuk perasa (ikut cita rasa)
  • Garam secukupnya
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • Cili padi (optional, digoreng sekali untuk tabur)

Baca juga: Suami Puji Ngam Dengan Tekak! Wanita Ini Kongsi Resipi Kimchi Jjigae Rasa Korea Tapi Jiwa Melayu!

ayam goreng bawang putih

Tangkap layar video: Rasapop

Langkah-langkah:

  1. Sediakan isi ayam, bersihkan dan toskan.
  2. Ketuk bawang putih dengan kulit sekali, lagi banyak lagi sedap!
  3. Kisar halia, 10 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah dan 2 sudu besar biji ketumbar dengan sedikit air sampai halus.
  4. Masukkan ayam ke dalam bekas, gaul dengan bahan kisar tadi.
  5. Tambah 2 sudu besar sos tiram, serbuk perasa dan sedikit garam. Gaul rata.
  6. Masukkan 4 sudu besar tepung ubi, sambung gaul dan perap (lagi lama perap lagi sedap).
  7. Panaskan minyak, goreng bawang putih yang diketuk tadi berserta kulitnya sekali sampai kekuningan. Angkat, tos kering.
  8. Dalam minyak yang sama, goreng ayam yang diperap sehingga garing dan masak sempurna. Angkat dan toskan.
  9. Akhir sekali, taburkan bawang putih goreng ke atas ayam.
  10. Jika suka pedas manja, goreng cili padi sekali dan tabur bersama!

Hidangkan dengan nasi panas, kuah masak lemak pucuk ubi dan sambal kicap atau kicap cili padi. Gabungan lauk Thai yang wangi dengan kuah kampung yang pekat, memang padu gila rasanya!

Tak perlu lauk susah pun untuk buat keluarga makan selera lain macam. Ayam goreng bawang putih ini mudah, bajet pun mesra poket, tapi aroma dia boleh buat jiran sebelah datang ketuk pintu tau!

Selamat mencuba semua.

Baca juga: Wanita Kongsi Versi ‘Rajin’ Garam Kunyit Guna Bahan Segar Buat Aroma & Rasa Lebih Kuat, 2 Bulan Pun Masih Elok!

Sumber: Astiey Nurasiah

FT Image: Astiey Nurasiah / Rasapop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×