Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Acar Rampai Paling Mudah & Rangup, Sebiji Rasanya Macam Lauk Kenduri Kahwin!

acar rampai

Kalau sebut tentang lauk sampingan yang menyegarkan rasa, acar rampai memang tak pernah menghampakan. Rasa masam, manis dan sedikit pedasnya sangat sesuai dimakan bersama nasi panas, lauk goreng atau hidangan kenduri.

Baru-baru ini, pengguna Facebook Cheyoum Nayan berkongsi resipi acar rampai buatannya yang nampak cukup menyelerakan yang lengkap dengan aroma kari dan bijan sangai yang menaikkan rasa. Jom tengok cara penyediaannya langkah demi langkah seperti dikongsikan di bawah.

Baca juga: Mak-Mak Dulu Rajin Rendam Beras Sebelum Masak, Rupanya Bukan Petua Kosong Ada Sebab Sains!

RESIPI ACAR RAMPAI

acar rampai

Gambar Cheyoum Nayan

Bahan-bahan Acar Rampai:

  • 5 biji timun muda (potong memanjang, buang bahagian tengah)
  • 2 biji lobak merah (potong memanjang)
  • 2 sudu kapur makan (untuk merendam sayur supaya rangup)

Cara merendam sayur:

  1. Rendam timun dan lobak merah dengan air kapur makan selama 30–40 minit.
  2. Bilas dengan air bersih dan toskan sebelum digunakan.

BAHAN & CARA BUAT SAMBAL ACAR

Bahan ditumis:

  • 1 cawan minyak masak
  • 15 ulas bawang putih (potong dua jika besar)
  • 10 biji bawang ros
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 3 inci halia (kisar)
  • 2–3 sudu cili kisar
  • 3 sudu biji sawi

Serbuk & bahan tambahan:

  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 4–5 sudu makan cuka makan
  • Sedikit sos tiram dan sos cili
  • Gula dan perasa secukupnya (rasa manis-masam seimbang)
  • (Pilihan tambahan): Setengah genggam bijan sangai atau kacang goreng tumbuk

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

acar rampai

Cara memasak sambal:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang ros, tumis hingga naik bau.
  3. Tambahkan bahan kisar (bawang besar, halia dan cili kisar).
  4. Masukkan biji sawi dan tumis hingga sambal wangi.
  5. Tambahkan serbuk kari daging, ikan dan kunyit. Gaul sebati.
  6. Tuangkan sedikit air dan biarkan sambal masak hingga pecah minyak.
  7. Masukkan cuka, sos tiram, sos cili, gula dan perasa. Sesuaikan rasa agar masam-manis seimbang.
  8. Masak hingga sambal agak pekat, kemudian tutup api.

Langkah akhir:

  1. Biarkan sambal sejuk atau suam dahulu.
  2. Masukkan sayur yang telah ditoskan dan gaul rata.
  3. Akhir sekali, taburkan bijan sangai atau kacang tumbuk untuk rasa lebih sedap dan tekstur rangup.

Acar rampai ini boleh disimpan dalam bekas bertutup dan tahan beberapa hari jika disimpan di peti sejuk. Lagi lama diperam, lagi sedap rasanya kerana bahan-bahan semakin mesra.

Memang nampak menyelerakan! Sesuai dijadikan hidangan hari raya, kenduri atau lauk penambah selera harian.

Baca juga: Resipi Kari Daging Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat, Kena Buat 1 Langkah Ini Baru ‘Kick’

Sumber: Cheyoum Nayan

FT Image: Cheyoum Nayan / nurulkitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×