Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!

air sunquick

Lazimnya, air sirap atau air panas menjadi pilihan kebanyakan tuan rumah untuk dijamukan kepada tetamu yang datang. Sekiranya anda inginkan kelainan, resipi 7 jenis air Sunquick yang popular ini boleh dipelajari.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kesemua minuman ini pun mudah didapati. Biarpun langkah-langkah penyediaannya mudah, tetapi hasilnya sedap tidak terkata. Mungkin boleh buat tetamu anda berlama-lama di rumah!

Baca juga: Cara Buat Minuman Ais CINCAU HIJAU Santan Gula Merah, Nikmatnya~ Bila Lalu Tekak!

RESIPI AIR SUNQUICK 6 JENIS YANG PADU

1. Sunquick Lemon

air sunquick

Sunquick lemon ini sedap sangat. Siapa dah cuba tahulah rasanya. Bancuh macam biasa sahaja letak gula sikit.

Ya allah nikmatnya berbuka! Nak lagi terangkat rasanya buat macam resipi ini:

  • Sunquick lemon
  • Lemon (hirisan)
  • Biji selasih
  • Daun pudina + asam boi + sprite
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali hirisan lemon untuk hiasan.
  2. Kacau hingga sebati sebelum siap untuk diminum!

Kredit: HoscaUnishams

2. Detox Ais Lemon Pudina

air oren sunquick

  • Daun pudina RM2.00
  • Lemon 4 biji
  • Sunquick 100g
  • Serbuk asam Knor 100g
  • Air gula 1 liter
  1. Kisar 3 biji lemon 2 liter air, ambil air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air.
  2. Masukkan 1 liter air gula.
  3. Sunquick dan serbuk asam masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukkan dalam bekas air tadi.
  4. Masuk air batu, air lemon, 1 biji hiris lemon dan daun pudina. Kacau-kacau siap untuk minum.

Kredit: Nur Hanisah Kamaluddin

Baca juga: 9 Pes Masakan Saiz Ketulan Ais Yang Wajib Ada Di Rumah, Cukup Sampai Raya!

3. Sunquick Laici

air sunquick

  • Sunquick
  • Laici
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Aiskrim vanila
  • Garam
  • Air putih
  1. Kisar buah laici bersama air laici dan sunquick.
  2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sedikit garam untuk dikisar lagi.
  3. Sediakan ais biar melimpah di dalam jug.
  4. Tuangkan air yang dikisar tadi.
  5. Hiaskan dengan aiskrim vanila dan buah laici.

Kredit: Pemilik resipi

4. Pati Fanta Hijau

resepi air sunquick sedap

Pati ini tak ada gas. Homemmade gitu! Bolehlah buat hidang untuk berbuka puasa atau masa raya nanti.

Resipi ini boleh dapat 4 liter pati. Korang boleh simpan pati di luar (suhu bilik). Bila nak pakai baru bancuh campur air kosong dan ais.

  • 3kg gula pasir
  • 2000ml air
  • 1 botol kecil pati Oren Sunquick 330ml
  • ½ botol pewarna hijau epal
  • ½ botol esen pisang
  1. Masak air dan gula sehingga gula larut.
  2. Masukkan pati Oren Sunquick.
  3. Masukkan pewarna hijau.
  4. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan esen pisang.
  6. Tutup api dapur.
  7. Siap dan boleh bancuh dengan air.

Kredit: Khairul Aming

Baca juga: Koleksi 30 Hari Menu Berbuka & Sahur Untuk 2025, Ada Banyak Idea Ringkas Tapi Menyelerakan!

5. Air Rojak Sunquick

resepi air sunquick sedap

Kenapa rojak sunquick? Sebab saya campur bahan-bahannya, tapi sedap tak terkata.

  • Air aiskrim soda 2 botol
  • Limau kasturi 1/2 kg
  • Longgan tin 2
  • Asam boi 500g
  • Sunquick satu botol besar
  • Ais 2 bag
  • Air gula 1 cawan

Kredit: Cik Puan Farah

6. Blackcurrant Sunquick Laici

resepi air sunquick sedap

  • Blackcurrant jenama Sunquick
  • Laici
  • Susu pekat
  • Aiskrim vanila
  • Air putih
  1. Kisar buah laici bersama air laici dan blackcurrant.
  2. Masukkan susu pekat dan kisar lagi.
  3. Sediakan ais biar melimpah di dalam jug yang cantik.
  4. Tuangkan air yang dikisar tadi.
  5. Hiaskan dengan aiskrim vanila dan buah laici.

Kredit: Pemilik resipi

Baca juga: Resipi Bubur Kacang Hijau Warisan Keluarga, Bila Cicah Roti Putih Habis Semangkuk!

Sumber: Nurul Siti Hawa

FT Image: Nurul Siti Hawa / Nurul Ateekah / Mardiana Jaafar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×