Euforia Bola 2026
Famili

Cara Masak Terung Goreng Berlada, Terlajak Sedap & Pedas Sampai Rasa Nak Menangis!

terung goreng berlada

Hidangan terung goreng berlada merupakan salah satu lauk yang popular di Malaysia dan juga negara jiran, Indonesia. Dipanggil juga sebagai ‘Terung Balado’, menu ini sesuai dimakan dengan nasi panas dan lauk-pauk lain.

Sudah semestinya, rasa pedas dan sedikit manis sambal berlada ini memang akan membuatkan kita bertambah nasi. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya supaya ‘menjadi’ macam makan di restoran lauk Minang.

Baca juga: Cara Masak Telur Dadar Gebu & ‘Crispy’, Rahsia Nak Sedap Rupanya WAJIB Letak 1 Bahan Ini!

CARA MASAK TERUNG GORENG BERLADA YANG MEMANG ‘ONZ’!

terung goreng berlada

Bahan-bahan:

-Terung
-Bawang merah (5 ulas ke atas)
-Bawang putih (5 ulas ke atas)
-Cili merah (3 biji)
-Cili padi (5 biji ke atas)
-Ikan bilis
-Asam jawa
-Gula dan garam

Cara-caranya yang sangat mudah:

1.Pertama sekali, gorengkan dahulu ikan bilis sehingga garing dan letak di tepi.

2.Kemudian, gorengkan pula terung dalam minyak yang goreng ikan bilis tadi. Kalau tak cukup boleh tambah minyak.

3.Seterusnya, cili besar dan cili padi perlu dikisarkan secara kasar. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih pula dan kisarkan sekali.

4.Panaskan minyak dan masak cili bawnag yang dikisar tadi sehingga garing.

5.Bila dah garing, barulah masukkan terung dan ikan bilis tadi supaya tak lembik pula.

6.Akhir sekali, masukkan sedikit asam jawa, gula dan garam untuk seimbangkan rasa.

7.Siap dan boleh makan dengan nasi panas panas!

terung goreng berlada

*Kalau dapat satu lauk macam ini pun sudah cukup untuk membangkitkan selera sesiapa sahaja!

Baca juga: Cara Tanam Terung Sampai Berbuah Lebat Selebatnya, Setiap Hari Boleh Petik Makan!

Sumber: Cik Puan Jue via Masak Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×