Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Talbinah Bantu Ringankan Emosi Sedih & Seribu Kebaikan Pada Masalah Kesihatan

resepi talbinah

Dinamakan talbinah kerana ia mempunyai persamaan dengan susu (al-laban), iaitu sifatnya yang lembut dan putih. Kebanyakan resepi talbinah diperbuat daripada tepung gandum, dengan menambah susu dan madu atau juga serbuk barli kering.

Melalui perkongsian resipi Puan Mastura Rashid, dia sering mengamalkan makanan ini. Menurutnya, talbinah merupakan penawar semula jadi pada dirinya yang dapat membantu menstabilkan mood dan emosi.

Baca juga: Resepi DIY Tepung Penaik, Hanya Guna 3 Bahan Mudah Yang Ada Di Dapur!

RESEPI TALBINAH

resepi talbinah

Gambar: Mastura Rashid

Semalam buat air barli. Hari ini saya buat talbinah dari barli yang dah masak semalaman. Dan ini juga antara best natural remedy saya.

Setiap kali rasa down, saya akan makan talbinah kerana ia membantu stabilkan mood dan emosi saya selepas itu. Dalam perubatan Islam, talbinah berkhasiat untuk merawat kesedihan dan depresi seperti yang Rasulullah SAW sarankan.

Mudah sahaja nak buat kalau dah masak barli. Talbinah ini pun saya buat dari barli yang dah dimasak semalaman.

Baca juga: Ini Buah-Buahan Yang Bagus Diambil Ketika Berpuasa, Barulah Kekal Bertenaga Di Siang Hari!

Bahan utama:

  • 3 sudu besar barli dimasak semalaman.
  • 2 cawan susu segar / fullcream.

Bahan-bahan taburan:

  • Kekacang
  • Buah kering (kranberi, tin, kiwi, aprikot)
  • Pisang
  • Madu

Cara penyediaan:

  1. Kaut 3 sudu besar barli.
  2. Tambah 2 cawan susu segar atau full cream.
  3. Kisar hingga hancur.
  4. Masak dalam pot kecil dengan api perlahan dan tak perlu tambah apa-apa pemanis, garam atau bahan penyedap.
  5. Nampak sahaja susu nak mendidih, terus tutup api.
  6. Masa nak makan baru tabur kekacang, buah kering (kranberi, tin, kiwi, aprikot), pisang dan sedikit madu.

Tips jika barli tidak masak:

  1. Kalau belum masak barli, boleh kisar halus biji barli mentah dan masak dengan susu segar atau full cream.
  2. Nampak susu nak mendidih, terus tutup api.

Baca juga: Tips Minum Air Ketika Bulan Ramadan & Cara Cukupkan 8 Gelas Sehari Lepas Waktu Berbuka!

FUNGSI-FUNGSI BARLI:

Dalam perubatan Cina, fungsi barli bagus untuk perut, limpa dan peparu. Mereka yang ada demam, batuk atau fungsi perut kucar-kacir, eloklah amalkan barli.

1. Bolehkah makan barli waktu mengandung dan menyusu?

Ada yang tanya, boleh tak makan barli waktu mengandung dan menyusu? Dalam perubatan Cina, barli tak boleh dimakan ketika mengandung.

Tapi saya makan dan amalkan hampir setiap hari waktu mengandung kerana air barlilah yang menjadi pengalas perut dan beri tenaga waktu morning sickness teruk beberapa bulan.

Waktu menyusu dan berpantang juga saya minum air barli. Minuman ini membantu saya dan bayi tidur lebih lena tanpa berjaga kerap tengah malam.

Alhamdulillah susu tak drop. In fact, khasiat barli pun bayi boleh dapat melalui susu ibu.

2. Manfaat barli kepada masalah kesihatan

  • Meredakan demam
  • Mengurangkan gula dan kolestrol dalam darah
  • Merawat sistem penghadaman
  • Anti-kanser
  • Atasi darah tinggi
  • Atasi insomnia 
  • Menguatkan sistem pertahanan badan

Baca juga: 12 Idea Minuman Berbuka Puasa Yang Sedap & Terpaling Mudah Bahannya!

3. Bayi 7 bulan dan ke atas boleh diberikan talbinah

Talbinah ini boleh diberi pada anak kecil ya. Seawal umur 7 bulan, bila bayi dah boleh makan.

Anak yang belum tumbuh gigi, saya sarankan bagi talbinah kosong. Barli dikisar lumat dan dimasak dengan susu segar. Tak perlu letak apa-apa pemanis atau perisa.

Kalau anak dah tumbuh gigi dan pandai makan bubur kasar, bolehlah kisar kasar barli (tekstur kasar untuk merangsang pertumbuhan gusi bila mengunyah). Sama, bagi sahaja talbinah kosong pada anak. 

4. Makanan kesihatan

Bagi orang yang ada depresi, darah tinggi dan kencing manis, jadikan talbinah makanan kesihatan. Kalau boleh amalkan setiap hari.

Stock-up kekacang, buah kering dan madu asli di rumah untuk jadi penyedap talbinah.

InsyaAllah bila amalkan selalu, kita boleh nampak perubahan dari segi berat badan, saiz perut, bacaan gula dan darah serta emosi. Semoga bermanfaat. 

Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!

Sumber: Facebook Mastura Rashid

FT Image: Mastura Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×