Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Sup Ketam Thai Ini Sama Macam Di Hatyai, Sekali Hirup Terus Nak Tambah Lagi!

SUP KETAM THAI

Sup ketam Thai bukan sekadar hidangan laut biasa, tetapi gabungan rasa dan aroma yang benar-benar mampu membangkitkan selera.

Kuahnya yang pedas berempah, ditambah dengan kemanisan isi ketam segar serta sentuhan masam daripada limau nipis, menjadikan setiap suapan terasa cukup memuaskan dan menyegarkan.

Baca juga: Pelanggan Kecam Beli ‘Candy Grape’ Kelantan, Dalam Iklan Terliur Habis Tapi Realiti Macam Kedondong!

SUP KETAM THAI VIRAL, GABUNGAN PEDAS MASAM MEMANG SEDAP

SUP KETAM THAI

Bahan-bahan sup ketam thai:

  • 2 ekor ketam – dibersihkan dan dipotong
  • 4 ulas bawang merah – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 helai daun kunyit – disiat
  • 5 hingga 6 biji cili padi – diketuk
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 biji limau nipis – diambil jusnya
  • 1 sudu kecil perasa atau garam secukupnya
  • Daun sup – dihiris untuk hiasan
  • Bawang goreng – untuk taburan
  • Chili flakes – mengikut cita rasa

SUP KETAM THAI

Cara-cara penyediaan sup ketam thai:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan rempah sup dan kacau seketika sehingga rempah betul-betul sebati dengan bahan tumisan.

3. Tuangkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diinginkan, kemudian biarkan kuah mendidih.

4. Masukkan ketam dan cili padi, kemudian reneh sehingga ketam bertukar warna merah dan kuahnya menjadi manis secara semula jadi hasil dari air ketam.

5. Tambahkan daun kunyit, perasa dan perahan jus limau nipis untuk menaikkan rasa masam yang seimbang.

6. Akhir sekali, taburkan daun sup, bawang goreng dan sedikit chili flakes sebelum dihidangkan.

Untuk rasa yang lebih pekat dan berlemak, boleh tambahkan sedikit susu cair atau santan cair di peringkat akhir masakan. Jika mahu rasa masam lebih menyerlah, tambahkan sedikit jus limau nipis sebelum dihidangkan, bukan ketika mendidih, agar rasanya kekal segar.

Sup ketam Thai bukan sekadar hidangan pembuka selera, tetapi juga akan membuatkan sesiapa sahaja ingin menambah semangkuk lagi.

Baca juga: Isteri Kongsi Resepi Ikan Pari Masak Lada, Suami Puji “Tak Pernah Jumpa Masakan Sesedap Ini..”

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×