Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Sup Ikan Merah Masam Pedas, Guna Tips Ini Supaya Isi Kekal Manis & Tak Hanyir

resepi sup ikan merah

Resepi sup ikan merah sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan hidangan berkuah yang ringkas tetapi tetap kaya dengan rasa.

Menurut perkongsian seorang pengguna media sosial, terdapat satu petua mudah untuk membantu mengurangkan bau hanyir ikan iaitu dengan menggunakan halia sebelum proses memasak.

Baca juga: “Alhamdulillah, Dah Sampai Giliran”- Ramai Kongsi Terima Mesej Daripada Tabung Haji, Dah Boleh Start Persediaan!

RESEPI SUP IKAN MERAH TAK HANYIR, ISI TETAP MANIS

RESEPI SUP IKAN MERAH

Selain tip tersebut, perkongsian itu turut berkongsi resepi sup ikan merah masam pedas yang mudah disediakan dan boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.

Bahan tumbuk:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 ulas cili padi (boleh tambah atau kurangkan mengikut tahap kepedasan)

Bahan tumis:

  • 2 batang akar daun bawang
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 bungkus sup bunjut

Sayur:

  • Lobak merah
  • Kentang
  • Tomato

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis bersama bahan tumbuk sehingga naik bau.

2. Tambahkan air kira-kira separuh periuk.

3. Masukkan lobak merah, kentang, tomato dan sekeping asam keping.

4. Biarkan kuah mendidih sehingga sayur menjadi lembut.

5. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut kesesuaian.

6. Selepas itu, masukkan ikan dan kecilkan api supaya isi ikan tidak mudah hancur.

7. Setelah masak, taburkan daun sup, cili padi atau cili merah serta bawang goreng sebelum dihidangkan.

Petua ikan tidak hanyir

RESEPI SUP IKAN MERAH

Bagi mengurangkan bau hanyir, tumbukkan kira-kira 2 inci halia dan gaulkan pada ikan. Biarkan selama 15 minit sebelum dimasak.

Petua ini dikatakan dapat membantu mengurangkan bau hanyir ikan tanpa menghilangkan rasa manis semula jadi pada isi ikan.

Mudah dan menyelerakan, resipi sup ikan merah masam pedas ini sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam untuk seisi keluarga.

Baca juga: Pelajar Lari Selamatkan Diri, Tular Video Individu Masuk Sekolah Bawa Senjata Tajam!

Sumber: Facebook 태하 (Tae-ha)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×