Menjadi kegilaan ramai adalah makanan steamboat di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan dalam masa yang lama. Salah satu lokasi yang menghidangkan makanan sebegini adalah restoran Sukiya dan menjadi buah mulut ramai terutama sekali sos pencicahnya. Ramai yang ingin tahu apakah resepi sos steamboat Sukiya ini yang begitu enak!
Mungkin harga yang dikenakan untuk seorang makan agak mahal, namun sebenarnya anda pun boleh buat sos ini di rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja tinggi. Cukuplah untuk sesiapa yang teringin nak merasa bukan?
Baca juga: Selain ‘BABI’, Ini 15 Perkataan Lain Di Dalam Produk Makanan Yang Bawa Maksud Sama!
RESEPI SOS STEAMBOAT ALA SUKIYA, SEMUDAH ABC!

Rupanya nak buat sos sukiya ni semudah ABC saja. Yang penting kena ada Kewpie Roasted Sesame Dressing baru jadi.
Bahan-bahan:
-2 sudu bawang putih
-2 sudu daun ketumbar
-2 sudu daun bawang
-2 sudu cili padi
-Kewpie Roasted Sesame
Cara-caranya:
1.Cincang kesemua bahan ini secara halus-halus.
2.Gabungkan bawang putih, daun ketumbar, daun bawang dan cili padi yang sudah ditumbuk hancur.
3.Akhir sekali, tuang sos Kewpie Roasted Sesame dan pastikan bahan-bahan cincang tadi dah bersalut.
4.Kalau anda nak tambah minyak bijan pun boleh kerana akan memberikan aroma. Malah, ada juga yang tambah chili oil di atas sos ini.
5.Siap! Boleh dijadikan pencicah kepada makanan steamboat seperti hirisan daging dan kambing.

*Sedap dan nikmatnya!
Baca juga: Akhirnya Jumpa Juga Cara Buat Tepung ‘Gluten Free’, Ini Nisbah Adunan Wajib Ikut!
Sumber: MasakwithMeen
