Kadang-kadang resipi paling sedap datang daripada kenangan. Begitu juga dengan resepi roti sardin guna roti burger yang dikongsikan oleh Suriani Ismail.
Roti sardin penuh nostalgia ini diajar oleh arwah ibu mentuanya yang sering membawa roti ini ke mana sahaja mereka pergi. Jom cuba!
Baca juga: Awas! Jangan Terbalikkan Tong Gas Macam Ini, Silap Langkah Boleh Jadi Tragedi Di Dapur
RESEPI ROTI SARDIN GUNA BUN BURGER, CARA ARWAH IBU MENTUA AJAR

“Roti sardin guna roti burger. Saya belajar dengan arwah ibu mentua. Selalu bawa bekal nak pergi mana-mana. Nak buat pun senang sahaja,” jelasnya.
Bahan-bahan resepi roti sardin:
- 1 pek roti burger
- 1 tin sardin
- 2 biji limau nipis
- Telur secukupnya
- Bawang merah (jika suka)
- Lada mesin
- Sedikit minyak untuk menumis

Freepik
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah bersama lada mesin hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan sardin, perah jus limau nipis dan tambahkan sedikit garam atau perasa mengikut cita rasa.
3. Masak sehingga sardin sedikit kering. Hancurkan isi sardin secara sederhana, jangan terlalu halus.
4. Belah dua roti burger dan tebuk sedikit ruang di tengah untuk diisi sardin. Jika mahu, boleh sapu sedikit planta terlebih dahulu.
5. Sediakan telur yang telah dipukul. Celup roti berisi sardin ke dalam telur.
6. Panaskan pan dan letakkan sedikit planta. Masak roti yang telah dicelup telur tadi hingga garing keemasan di kedua-dua bahagian.
7. Ulang langkah yang sama hingga semua roti habis. Jika telur tidak mencukupi, boleh tambahkan lagi.
Hasilnya, roti sardin ini lembut di dalam dan rangup di luar, sangat sesuai dijadikan sarapan, minum petang atau bekal perjalanan jauh. Selamat mencuba resipi penuh kenangan ini!
Baca juga: Resepi Bendi Goreng Rangup Tak Serap Minyak, Boleh Jadi Idea Untuk Kudapan Anak!
Sumber: Facebook Suriani Ismail
