Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Roti Rangup Inti Ayam & Sosej, Bunyi Krup Krap Buat Tak Sabar Nak Makan!

ROTI RANGUP BERLAUK

Kalau ibu ketandusan idea nak jamu apa untuk menarik minat anak, boleh cuba resepi roti rangup berlauk seperti perkongsian di bawah ini.

Tekstur roti putih yang garing dengan inti berlauk pastinya mampu memikat selera sesiapa sahaja. Lebih menarik, anda boleh  pelbagai jenis lauk mengikut cita rasa masing-masing!

Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Moden, Aroma Daun Pandan Tetap Ada & Terlampau Sedap!

CARA BUAT ROTI RANGUP BERLAUK, BUNYI KRUP KRAP MEMANG PUAS

ROTI RANGUP BERLAUK

Bahan-bahan inti:

  • Telur
  • Ayam
  • Sosej
  • Daun ketumbar
  • Lobak merah
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Tepung bestari

Cara-cara penyediaan:

– Goreng telur hancur tanpa minyak dan ketepikan.

– Kemudian, rebus isi ayam dan sosej. Setelah masak potong halus.

– Hiris lobak merah dan daun ketumbar.

– Campurkan semua bahan dan masukkan mayonis, serbuk lada hitam dan putih.

– Setelah itu, ambil roti dan belah dua. Letakkan inti berlauk dan lipatkan.

– Salut roti dalam bancuhan tepung bestari yang dibancuh dengan air.

– Selepas itu, golek roti di dalam tepung bestari kering tanpa sebarang air.

– Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan dan masak sekata.

Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati bila-bila masa sahaja.

Selamat mencuba!

Baca juga: Biskut Semperit Red Velvet Paling ‘Simple’, Sekali Ngap Cair Terus Dalam Mulut!

Sumber: Facebook Mleisya Scarf Comel Sokmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×