Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Rempeyek Moden Guna Kulit Popia, Tak Perlu Bancuhan Tepung Tapi Tetap ‘Krup Krap’ Rangup!

resepi rempeyek

Kalau anda merupakan peminat snek tradisional seperti rempeyek, pasti anda mahukan resepi rempeyek dalam versi yang lebih mudah dan cepat disediakan bukan?

Tak perlu uli adunan tepung atau tunggu lama, resepi rempeyek kali ini cukup dengan hanya menggunakan kulit popia sebagai asas, dan hasilnya tetap rangup serta penuh rasa. Tidak ketinggalan kacang tanah, ikan bilis, serta aroma rempah jintan, snek ini pasti jadi kegemaran satu keluarga!

Baca juga: 10 Idea Menu Jamuan Hari Raya Untuk Sekolah Anak, Memang Cikgu Puji!

IKUT RESEPI REMPEYEK MODEN GUNA KULIT POPIA, TAK SAMPAI 30 MINIT SIAP SEBALANG!

resepi rempeyek

Bahan-bahan:

– Kulit popia (apa-apa jenama pun boleh, potong 4)

– Kacang tanah (disangai terlebih dahulu)

– Ikan bilis (dibersihkan)

– Sedikit tepung gandum & air (dibancuh – untuk “melekatkan” bahan)

– Jintan manis dan jintan putih (dikisar kasar atau halus ikut selera)

– Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia kepada empat bahagian (saiz segi empat kecil).

2. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air sehingga menjadi pes sederhana pekat (tidak terlalu cair, tidak terlalu likat).

3. Sapu sedikit bancuhan tepung pada permukaan kulit popia yang sudah dipotong.

4. Taburkan kacang tanah, ikan bilis dan serbuk jintan di atasnya. Tekan perlahan supaya melekat.

5. Panaskan minyak dalam kuali.

6. Goreng rempeyek satu per satu hingga keemasan dan rangup.

7. Toskan minyak dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

resepi rempeyek

*Kalau nak lebih pedas, boleh tabur sedikit serbuk cili semasa nak letak kacang dan bilis. Nak versi yang wangi, boleh tambah daun kari sikit semasa goreng. Selamat mencuba!

Baca juga: Jom Buat Popia Alaf Baharu & Sesuai Untuk ‘Party’, Ini 5 Resepi Mudah & Sedap Boleh Cuba Di Rumah!

Sumber: Shai Anne Ahemed

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×