Pani Puri merupakan sejenis makanan masyarakat India yang mempunyai pelbagai rasa seperti masam, manis, pedas dan segar. Lagi-lagi nak dekat Hari Perayaan Deepavali, sudah pasti ia amat mudah dijumpai seperti perkongsian resepi pani puri oleh Aisyah Humaira ini.
Kalau anda teringin untuk mencuba pani puri, mari cuba buat berpandukan resipi yang sudah disediakan.
Baca juga: Resipi Gulai Lemak Pisang Kapas Campur Ikan Masin Talang, Lauk Kampung No. 1 Kesukaan Ramai!
RESEPI PANI PURI

Gambar: Aisyah Humaira
Deepavali tinggal beberapa hari sahaja lagi nanti cuti bolehlah lepak santai sambil makan Pani Puri bersama keluarga.
Sekali suap susah nak berhenti. Pecah sahaja puri dalam mulut melimpah segala rasa. Ranggup, masam, manis, pedas dan pudina yang segar.
Anda yang nak cuba, resipi ada di bawah.
Baca juga: Resipi Nugget Ayam Tempura ‘Homemade’, Dari Tak Gemar Isi Dada Ayam Terus Laju Je Nak Gigit!
Bahan-bahan:
- 1 peket Kepingan Puri digoreng dan simpan dalam bekas kedap udara.
Bahan dan cara penyediaan Theeka Paani (kuah hijau):
- 1 genggam daun pudina
- 1/2 genggam daun ketumbar
- 3 biji cili padi hijau
- 4 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar gula putih
- 1 ketul gula melaka besar ibu jari
- Garam secukup rasa
- 2 gelas air masak
- 2 sudu besar penuh pes asam jawa Adabi
- 5 biji air perahan limau kasturi
- 1 biji air perahan limau nipis
- 1 biji hirisan limau purut (pilihan)
- Kisar semua bahan di atas.
- Kemudian, tapis ambil airnya sahaja.
- Pastikan kuah mesti ada rasa masam, manis, pedas dan tambah apa-apa yang perlu jika kekurangan rasa.
Bahan dan cara penyediaan Lassi Kuah Putih:
- 1 bekas besar yogurt perisa asli
- Sedikit air masak
- Garam dan gula secukup rasa
- Kacau sebati bahan-bahan tersebut.
- Siap!
Baca juga: Apam Tokyo (Kuih Manja) Resipi 3 Pilihan Inti Lemak Manis, Sekali Ngap Terus Hilang!
Bahan dan cara penyediaan Kentang Masala:
- 5-6 biji kentang direbus hingga lembut atau empuk
- 1/2 sudu kecil rempah pani puri (saya guna mixed masala powder dijual online. Kalau tak ada boleh guna serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih)
- 1 sudu kecil penuh serbuk pati ayam
- 1/2 biji bawang besar dipotong dadu kecil-kecil
- 1 sudu kecil chili flakes
- Lenyek kentang hingga hancur lumat, tabur bawaCng, chili flakes dan kacau sebati.
- Siap!
P/s: Nak rasa teh masala yang ‘kick’? Klik link di sini.
Bahan dan cara penyediaan Tamarind Pani (puree jawa asli):
- 1 sudu besar penuh pes asam jawa adabi
- 1 ketul gula melaka anggaran besar ibu jari
- 6 biji buah kurma dibuang biji
- 1/2 sudu kecil rempah pani puri masala
- 1 sudu kecil Serbuk cili
- Garam,gula, secukup rasa, air panas sama paras dengan bahan kisar
- Satukan semua bahan di atas dalam pengisar dan kisar hingga lumat seperti puree.
- Siap!
Baca juga: Rahsia Bubur Pulut Hitam Cukup Lemak Masin & Manis, Bila Masak Kepala Santan Buat Cara Ini!
CARA MAKAN:

Gambar: Aisyah Humaira
- Tekan bebola puri dengan ibu jari atau cucuk dengan belakang sudu untuk buat lubang.
- Masuk kentang, puree asam jawa, kuah putih, kuah hijau penuh-penuh dan tabur boondi muruku.
Baca juga: Rahsia Sayur Masak Lemak Putih Kuah Pekat Berlemak, Cara Orang Pattani Masukkan 3 Bahan Ini!
Sumber: Aisyah Humaira
FT Image: Aisyah Humaira
