Nasi kak wok merupakan hidangan popular di Kelantan dan ia boleh dinikmati bila-bila masa sahaja. Sekiranya anda ingin mencuba resepi nasi kak wok asli Pantai Timur, boleh cuba perkongsian di bawah.
Menurut Afy Al Habibi, resepi nasi kak wok gulai kaki ayam ini tidak berlendir kerana dia menggunakan satu teknik ‘rahsia.’ Nak tahu macam mana? Baca artikel ini.
Baca juga: Resepi Ayam Harimau Menangis, Cicah Dengan Sos Homemade Memang Sedap Tak Terkata!
RESEPI NASI KAK WOK GULAI KAKI AYAM TAK BERLENDIR

Bagi mengelakkan masakan kaki ayam tak berlendir atau tektsur seperti jeli, anda perlu:
– Rebus bahagian kaki ayam, leher dan pedal berasingan.
– Ketika rebus, masukkan asam keping dan sedikit garam.
– Setelah separa masak, buang semua air rebusan.
– Kemudian lalukan bawah air dan toskan.
Bahan-bahan gulai kaki ayam:
- 5 sekawan
- 2 biji bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 2 hiris nipis halia*
- Rempah gulai
- Serbuk cili
- Air asam jawa
- Garam
- Gula
- Perasa makanan
- Santan
- Lada solok hijau
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan satu senduk kecil minyak. Tumis 5 sekawan sehingga naik bau.
2. Kemudian tuang bahan kisar yang bertanda (*) tadi. Tumis sehingga kekuningan.
3. Seterusnya, masukkan sebanyak 3 1/2 sudu besar rempah gulai dan 2 cubit dengan serbuk cili.
4. Gunakan api paling perlahan. Biarkan rempah garing seketika sehingga terbit minyak.
5. Setelah rempah garing, masukkan 1 mangkuk air asam jawa (semangkuk air + dua cubit asam jawa)
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya mengikut cita rasa anda.
7. Tutup periuk dan biarkan pes sehingga pecah minyak.
8. Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan kaki ayam yang sudah direbus tadi.
9. Masukkan santan kelapa 1/3 cawan setelah ayam mula masak dan tambahkan sedikit air.
10. Benda paling penting untuk menaikkan bau gulai Kelantan adalah lada solok hijau.
11. Selepas itu biar lagi dalam 15-20 minit api paling perlahan. Kacau-kacau sesekali.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan sambal cili. Fuh sedapnya!
Baca juga: Resepi Kuih Puteri Ayu Tradisional, Terlajak Lembut & Pasti Gebu!
Sumber: Facebook Afy Al Habibi
