Nak makan kesemuanya limau mandarin yang berkotak-kotak di rumah memang tak mampu. Apa kata manfaatkan ia kepada hidangan lauk-pauk seperti resepi kerabu limau mandarin ini.
Menurut Joanna Johan, rasa hidangan ini seakan somtam iaitu masam-masam manis dan pedas! Dah ada menu menarik dan unik untuk dicuba menggunakan limau mandarin, tidaklah membusuk sehingga membazir. Jom lihat resepi kerabu limau mandarin di bawah.
Baca juga: Resepi Lasagna Guna Roti Keping, Menu Western Paling Ringkas Tapi Sangat Sedap!
RESEPI KERABU LIMAU MANDARIN

Gambar: Joanna Johan
Pernah nampak kerabu tembikai dekat MAHN ini. Pernah cuba kerabu limau mandarin?
Pada yang dapat banyak orang bagi itu (boss bagi) cuba buat lauk sedap tau. Rasa ala-ala somtam. Dekat rumah ini sekotak tak habis lagi huhu. Sedap masam-masam manis ala thai.
Baca juga: Resepi Sambal Totok Jawa Guna Petai Rangup, Rosak Diet Sebab Confirm Tambah Nasi!
Baca juga: Cara Sebenar Jaga Periuk Stainless Steel, Sampai Anak Cucu Masih Elok Berkilat & Tahan Lama!
Bahan-bahan sayur:
- Limau mandarin dipotong
- Timun dihiris mancis
- Bawang besar hiris
- Tomato
- Kacang panjang
- Daun ketumbar
- Sedikit kacang disangai
Bahan tumbuk:
- Sedikit udang kering rendam sekejap
- Cili api ikut kepedasan
- Sebiji bawang putih
Baca juga: 3 Cara Peram Buah Tak Masak, Macam-Macam Jenis Boleh, Cuma Kaedah No. 3 Tak Digalakkan!
Cara penyediaan:
- Semua itu tumbuk halus.
- Selepas itu masukkan gula sedikit.
- Perahkan limau nipis.
- Sesudu besar sos ikan/kicap sotong
- Gaul bahan tumbuk dengan sayur.
- Taburkan kacang yang ditumbuk kasar.
Siap. Sedappp! Tak percaya cubalah buat.
Baca juga: Resepi Gulai Kunyit Telur Ayam, Masa Masak Buat Cara Ini Baru Telur Cantik Tak Pecah!
Sumber: Joanna Johan via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: Joanna Johan
