Menerusi laman Facebook milik Awin Mazuin Abdul Aziz, dia ada kongsikan resepi kek butter kesukaan suami tersayang dan anak-anak di rumah.
Jelasnya, ini merupakan kali keempat dia menggunakan resepi ini dan hasilnya sudah pastinya memuaskan. Jom cuba buat sendiri di rumah!
Baca juga: Cara Buat Cream-O Pop Stick Di Rumah, Snek Comel Macam Ini Pasti Anak Suka!
RESEPI KEK BUTTER KESUKAAN CIK ABANG SAYANG

Sejak-sejak Abang Aji Sayang cakap teringin nak makan kek butter raya hari itu, saya pun terus belajar buat. Ini kali keempat dah saya buat. Alhamdulillah anak-anak dan suami suka.
Bahan-bahan:
- 160gm butter SCS (salted creamy)
- 150gm gula kastor
- 180gm tepung kek naik sendiri (blue key)
- 4 biji telur saiz besar
- 1 penutup esen vanila
- 1/4 cawan buttermilk (1/4 cawan dutch lady freshmilk campur 1 sudu kecik cuka makan)
- Loyang kek size 6 atau 7 inchi
Cara-cara penyediaan kek butter:
1. Pukul butter menggunakan kelajuan paling tinggi selama 15 minit. Kaut balik adunan, sambung pukul lagi 5 minit.
2. Bila tekstur menjadi gebu dan ringan, masukkan pula gula castor dan pukul lagi 15 minit sampai kembang.
3. Kaut balik adunan pukul lagi 5 minit.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul selang masa 1 minit.
5. Kemudian, masukkan pula esen vanila pukul 10 minit bagi adunan sebati.
6. Bila dah siap, tutup mixer dan masukkan tepung yang sudah diayak. Gaul tepung menggunakan senduk sahaja, tak perlu mixer.
7. Setelah itu, masukkan buttermilk yang dibuat sendiri menggunakan 1/4 cawan dutch lady freshmilk campur 1 sudu kecik cuka makan.
8. Tuangkan sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
9. Sebelum masukkan kek ke dalam bekas, panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit menggunakan suhu 150.
10. Letak dulang kek atas dulang oven dan tuangkan air panas dalam dulang tersebut.
11. Teknik ini dipanggil waterbath, yang boleh membuatkan kek lebih lembut.
12. Masuk dulang kek dan letak di bahagian tengah, api atas bawah suhu 150′ selama 60 minit.
13. Dah 60 minit cucuk sikit untuk tengok kek melekat atau tak. Kalau tak melekat, maksudnya kek dah cantik dan boleh naikkan suhu atas 170 selama 30 minit.
Sedia untuk dihidangkan untuk abang tersayang!
Baca juga: Ada 3 Jenis Pokok Daun Kari, Guna Yang Ini Baru Masakan Lebih Sedap & Wangi
Sumber: Facebook Awin Mazuin Abdul Aziz
