Euforia Bola 2026
Dapur

Rahsia & Resipi Ikan Masak Cuka Bertambah Pinggan, Ini Pesanan Arwah Mak…

ikan masak cuka

Baunya yang datang dari jauh sahaja, sudah mampu menggamit selera. Itulah kekuatan hidangan ikan masak cuka yang juga mampu membuatkan anda bertambah-tambah nasi di pinggan. Memang bahaya!

Malah, hidangan ini akan jadi bertambah enak apabila tinggalan bakinya dinikmati pada hari-hari mendatang. Lebih terangkat nafsu makan! Kalau tak percaya, anda boleh ikuti perkongsian resipi dan rahsia keenakan ikan masak cuka dari arwah emak Norizah Saad di bawah.

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat NASI IMPIT Paling Mudah, Bila Potong Nasi Pejal & Berketul Elok

RESIPI IKAN MASAK CUKA

ikan masak cuka

Gambar Norizah Saad.

Sesetengah orang panggil masak cuka, ada yang panggil jeruk ikan, apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas. Masakan ini kan, masak hari ini dan esok makan lagi sedap.

Nak buat pun senang sahaja.

Baca juga: Wanita Dedah Periuk Nasi Lebih Cepat Empukkan Daging, Orang Tak Ada Gigi Selamat Makan!

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah)
  • 10 ulas bawang kecil (pilih ulas yang halus-halus)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu biji sawi
  • Sikit halia
  • 2 suda cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  1. Ikan digaul sikit kunyit dan garam.
  2. Kemudian, goreng dan jangan garing sangat.
  3. Ambil periuk dan letak sedikit minyak, bila panas tumis biji sawi.
  4. Masuk bawang kecil dan putih yang sudah dibuang kulit dan tidak dihiris.
  5. Masuk 1/2 cawan air.
  6. Masuk cuka.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan cili padi.
  8. Biar sekejap dan angkat.

Baca juga:

Bolehlah dihidang di dalam mangkuk lauk dan dinikmati bersama-sama nasi panas!

Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena letak bawang merah dan bawah putih yang kecil-kecil. Siap sudah masakan kesukaan arwah mak. Al-Fatihah untuk mak semoga tenang di sana.

Baca juga: Petua Simpan LEBIHAN Daun Ketumbar & Bawang, Biar Sebulan Pun Masih Segar Lagi!

Sumber: Norizah Saad

FT Image: Norizah Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×