“Hmm, apa resepi donat lembut ya…?”
Donat gebu dan gemuk sudah pastinya kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Selain membelinya di kedai, anda juga boleh cuba membuat sendiri seperti perkongsian Mas Ayu ini.
Jelas Mas Ayu, perkongsian resepi donat lembut dan gebu di bawah ini adalah menggunakan cara yang sering digunakan di rumah. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Baca juga: Cara Buat Fries Panjang Viral, Homemade Lebih ‘Mesra Poket’ Tapi Rasa Kayangan!
RESEPI DONAT LEMBUT & GEMUK, MACAM KAPAS BILA MAKAN

Hari ini saya nak share resepi donut gebu dan lembut. Resipi ini saya selalu guna untuk buat makan-makan bersama keluarga dan anak-anak. Sedap!
Bahan-bahan:
- 240gm tepung gandum
- 40gm gula
- 2 sudu besar susu tepung
- 4-5gm yis
- 120gm susu full cream
- 2 sudu besar butter/majerin
- 2 cubit garam
Cara-cara penyediaan:
1. Gaul tepung gandum, gula dan susu tepung sehingga sebati.
2. Kemudian, tuangkan 120gm susu full cream ke dalam adunan. Masukkan sedikit demi sedikit.
3. Bila dah sebati, masukkan 2 sudu besar majerin/butter bersama 2 cubit garam.
4. Uli menggunakan mixer sehingga adunan doh jadi elastik.
5. Bila dah siap, timbang adunan doh setiap satu 45gm sahaja.
6. Setiap doh yang dah timbang, anda perlu bulatkan mengguna teknik rounding. Boleh tengok di YouTube kalau tak tahu.
7. Bulatkan semua doh sehingga siap. Biarkan doh tersebut 10-15 minit atau sehingga kembang.
8. Setelah itu, lubangkan di bahagian tengah. Biarkan seketika lagi sebelum goreng.
9. Pastikan betul-betul kembang, baru goreng.
10. Goreng dengan minyak yamg banyak dan api perlahan sahaja.
Setelah siap menggoreng, boleh salut donut menggunakan gula atau apa-apa salutan pilihan anda seperti susu tepung dan lain-lain.
Donut gebu ini sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Makan sebiji, pasti tak cukup.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Kuih Lopes Daun Pisang, Cara Tradisional Lebih Sedap & Aroma Wangi!
Sumber: Facebook Mas Ayu
