Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Dadih Tutti Frutti Viral 3 Bahan Ringkas! Mudah Nak Buat & Sedap Tak Terkata

resepi dadih viral

Sekarang ini, resepi dadih viral semakin mendapat tempat di hati ramai, terutamanya di kalangan peminat pencuci mulut yang ingin menjana pendapatan sampingan. Dadih yang lembut, berwarna-warni dan manis ini bukan sahaja sedap dimakan, malah mudah disediakan dan sangat laris dijual.

Salah satu resipi yang semakin tular adalah dadih TuttiFrutti versi Kak Nis yang hanya menggunakan bahan-bahan ringkas seperti serbuk dadih, susu cair dan gula. Jom lihat perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Resipi Peach Gum Enak Berkhasiat, Kaya Dengan Herba Yang Boleh Buat Kulit Anjal & Gebu!

RESEPI DADIH VIRAL TUTTI FRUTTI

resepi dadih viral

Gambar: Siti Noor Anisah

Ini cara Kak Nis masak adunan dadih TuttiFrutti. Hanya guna serbuk dadih, susu cair dan gula sahaja.

Satu adunan akan dapat 50-53 bekas yang 4 oz dan boleh jual dalam RM1 atau RM1.50 untuk sebekas.

Serbuk dadih anda boleh beli di Shopee sahaja kerana murah RM4.99. Ada banyak perisa serbuh dadih ini, lain perisa lain warna.

Warna-warni filling buah pun ada jual di Shopee.

Baca juga: Wanita Dedah Periuk Nasi Lebih Cepat Empukkan Daging, Orang Tak Ada Gigi Selamat Makan!

Bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan:

  • Serbuk dadih (brand Happy Grass)
  • Serbuk gula buah
  • 1 tin susu cair (tak kisah jenama apa)
  • 2 cawan gula
  • 350ml air
  1. Masukkan air dan masukkan gula (boleh tambah untuk lebih manis) ke dalam periuk.
  2. Masak sampai pecah gula atau larut.
  3. Jangan kacau air adunan, sehinggalah nampak buih di permukaan bawah dalam periuk, baru boleh kacau.
  4. Selepas gula larut, tuang susu cair dan kacau sebati sampai nampak wap atau asap yang menandakan adunan dah cukup matang untuk disebatikan dengan serbuk dadih.
  5. Masukkan serbuk dadih, gaul selama 7 minit dan terus tutup api.
  6. Masukkan serbuk gula buah dan kacau selama 5 minit (kalau pakai brand Happy Grass akan dapat sekali gula buah).
  7. Tapis dan tuang dalam bekas puding.

Baca juga: Rahsia & Resipi Ikan Masak Cuka Bertambah Pinggan, Ini Pesanan Arwah Mak…

Sumber: Siti Noor Anisah

FT Image: Norhasni Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×