Mungkin ada yang pernah melihat sejenis kuih tradisional yang dijual di pasar malam atau bazar Ramadan, kelihatan seperti bertopi bukan? Inilah yang dipanggil cucur jawa atau cucur penyaram yang masih mendapat permintaan ramai dan tidak ketinggalan zaman. Tapi, kalau tiba-tiba teringin nak makan di rumah, ada tak resepi cucur jawa yang sedap?
Jangan risau kalau teringin dan tak jumpa bila dicari di pasar malam, anda dah boleh buat sendiri cucur jawa ini di rumah kerana bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati. Jom try!
Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!
RESEPI CUCUR JAWA GULA MERAH KUIH LEGEND!

Bahan-bahan:
-2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand)
-2 cawan tepung gandum cap ros
-1 cawan gula merah hancur
-1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan sahaja)
-2 1/4 – 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian)
-2 helai daun pandan
-1 sudu teh garam
-Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:

1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika (suam).
2.Satukan tepung gandum dan tepung beras, garam, tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati. Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik. (Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan kedalam bekas supaya adunan halus sekata. **Tips: Whisk adunan sehingga timbul bubble-bubble atau timbuk menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng. (Boleh juga diperap didalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil).
5.Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.

Nota:Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik.Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Sumber: Leeina Qaliena
