Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Cornflakes Caramel Viral ‘Basah’ & Melekit, Yang Ini Serius Sedap Tak Tipu!

caramel cornflake

Setiap kali bakal menjelangnya Ramadan dan Syawal, ramai dalam kalangan kita akan tercari-cari menu viral yang sesuai untuk dijadikan santapan. Salah satu menu pencuci mulut dan boleh juga dijadikan sebagai ‘kudap-kudap’ musim perayaan tengah viral di Tiktok adalah, caramel cornflake.

Menariknya, resepi yang dikongsikan di bawah boleh juga dijadikan rujukan buat anda yang ingin berniaga mencari duit poket lebih untuk Hari Raya kelak. Jom cuba sebab nampak macam sedap!

Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!

CARA BUAT CARAMEL CORNFLAKE VIRAL, MEMANG KETAGIH!

caramel cornflake

Bahan-bahan yang diperlukan:

-550 gram gula
-180 gram butter
-200 ml whipping cream
-5 gram/1 tsp garam
-1 kilogram cornflakes

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, masukkan gula dalam kuali atau periuk. Pastikan guna api perlahan dan biarkan gula mencair tanpa perlu kacau.

caramel cornflake

2. Bila nampak gula sudah mula mencair, kaup gula dari bawah ke atas. Yang cair kaup ke atas, biar gula yang tak cair pula di bawah (kambuskan saja).

3. Bila dah jadi macam ini, barulah dikacau dengan kerap sikit.

4. Kacau sampai elok mencair seperti ini.

5. Bila dah cair elok, masukkan butter dan tukar api paling kecil. Kacau dengan berhati-hati kerana ia akan berbuih dan merecik, risau tangan melecur.

6. Kacau sampai semua butter mencair elok dan sebati.

7. Waktu ini, boleh masukkan whipping cream. Masuk sedikit demi sedikit dan kacau jangan berhenti.

8. Kacau sampai habis semua whipping cream dan sampai semua betul-betul sebati.

9. Bila semua dah sebati, masukkan garam dan sambung kacau lagi.

10. Kacau sampai tekstur dan rasa dah cantik elok sebati dan semakin memekat.

11. Boleh tutup api. Lepas dah tutup api, teruskan kacau sampai karamel makin memekat (lebih kurang 5 minit). Selepas itu, rehatkan dalam 5 minit sebelum tuang ke atas cornflakes.

12. Sediakan 1 kg cornflakes dalam mangkuk besar. Tuang semua karamel ke atas cornflakes dan kacau hingga sebati.

13. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam balang.

14. Teksur memang sedikit basah dan melekit, tapi sangat sedap.

*Memang elok kejadiannya! Boleh masuk list kunyahan raya untuk dibuat semasa Ramadan!

Baca juga: 6 Resepi Kek Guna Air Fryer, Tiap-Tiap Hari Boleh Buat Kek!

Sumber: Wan N Wan M

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×