Kalau kita menonton filem Pakistan atau Bollywood, seringkali kita melihat mereka, khususnya para ibu akan membuat sendiri capati di rumah. Bermula dari proses adunan tepung, mencanai dan masak, resepi capati ini bukanlah mudah seperti yang disangka kerana adunannya kena tepat.
Namun, tidak disangka ramai apabila salah seorang selebriti popular tanah air iaitu Hajah Neelofa berkongsikan beliau membuat capati secara sendiri di rumah melalui perkongsian Tiktok. Ramai puji nampak macam mahir dan cantik kejadian capati!
Baca juga: Akhirnya Jumpa Juga Cara Buat Tepung ‘Gluten Free’, Ini Nisbah Adunan Wajib Ikut!
RESEPI CAPATI HOMEMADE DARI NEELOFA

BAHAN-BAHAN:
-1 cawan tepung atta ATAU
-1 cawan tepung gandum
-Secubit garam
-2 sudu makan minyak jagung
-Air secukupnya

Cara-caranya:
1.Campurkan tepung atta bersama tepung gandum. Kalau berdasarkan video Neelofa, beliau hanya menggunakan salah satu jenis tepung sahaja.
2.Kemudian, masukkan garam ke dalam bekas yang ada tepung. Gaul rata.
3.Masukkan minyak jagung pula dalam 2 sudu dan gaul lagi hingga sebati.
4.Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.
5.Bulat-bulatkan doh menjadi lima atau enam biji. Letakkan satu sudu tepung gandum di bekas lain.
6.Masukkan doh yang sudah dibulat-bulatkan tadi ke dalam tepung gandum sebelum dileperkan.
7.Leperkan doh ikut kepada saiz yang anda mahukan menggunakan pencanai dan masak di atas kuali leper.
8.Kalau ada alat penekap seperti yang Neelofa gunakan untuk menggembungkan capati, boleh tekapkan. Setelah masak, angkat dan nikmati panas-panas!
Untuk pengetahuan anda:
-Minyak jagung boleh juga digantikan dengan minyak masak, mentega atau marjerin cair.
-Bila dicanai, pastikan doh tidak terlalu nipis. Kalau terlalu nipis, bila dimasak capati jadi garing dan keras.

*Pandai Neelofa buat capati macam dijual di kedai dah rupanya. Kalau kita buat sendiri, mungkin jadi roti jala…
@neelofaNahhh chapati , tak boleh add bag kuning♬ original sound – Kaki Hindustan
Baca juga: Resepi Roti Golok Gebu & Berkrim Macam Makan Di Kelantan, Puas Hati!
Sumber: Tiktok @Neelofa
