Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Rendang Daging Hitam Tak Payah Letak Kicap, Guna Teknik Ini Baru ‘Gelap’!

rendang daging hitam​

Perkongsian resepi rendang daging hitam kali ini sedikit berbeza kerana tidak dicampurkan dengan kicap untuk menghasilkannya.

Resipi ini menggunakan 2kg daging untuk dimakan seramai 15 orang. Sekiranya anda ingin mencuba membuat sendiri di rumah, ikuti artikel di bawah ini.

Baca juga: Resepi Cucur Pisang Kembung & Rangup, Bulat-Bulat Comel Macam Ini Memang Laku!

RENDANG DAGING HITAM LUAR BIASA, SEDAP MENJILAT JARI

rendang daging hitam​

Resipi rendang hitam ini tak pakai kicap setitik pun. Masak lagi lama, lagi hitam. Ada tekniknya. Jom cuba!

Bahan-bahan rendang daging hitam:

  • Daging 2kg
  • 20 biji bawang merah kecil dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • Halia*
  • 2 biji bawang besar India*
  • 2 inci lengkuas*
  • 3 batang serai*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 senduk cili kering kisar
  • 1 kg santan pekat
  • 5 biji buah keras
  • 7 biji gajus
  • 7 biji badam
  • 2 ketul gula melaka mini
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 senduk kerisik
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

– Kisar bahan bertanda (*) dan ketepikan.

– Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali yang bersesuaian, goreng bawang kecil dan halia dihiris sehingga keperangan.

– Masukkan pula cili kering kisar, masak sehingga pecah minyak.

– Masukkan bahan kisar pula. Masak sampai pecah minyak sekali lagi.

– Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang sudah dibersihkan.

– Jangan masukkan setitik air pun. Biar air dagingnya keluar.

– Bila air daging dah keluar dan rendang mula bertukar warna hitam, masukkan santan.

– Tambahkan buah keras, gajus dan badam yang sudah ditumbuk.

– Masak sehingga pecah minyak sekali lagi, masukkan pula gula melaka.

– Setelah itu, masukkan pula kerisik, asam jawa dan garam secukupnya.

Rendang daging hitam sedia untuk dihidangkan bersama lemang, nasi putih atau ketupat. Sedap tak terkata!

Baca juga: Resepi Roti Rangup Inti Ayam & Sosej, Bunyi Krup Krap Buat Tak Sabar Nak Makan!

Sumber: Facebook Khairul Hakimin Muhammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×