Euforia Bola 2026
Famili

Remaja OKU Penuh Beradab Betulkan Tudung Nenek Dalam Tren, Ramai Sebak & Doakan Rezeki Mereka Mewah

remaja oku

Gelagat seorang remaja OKU yang dengan penuh kasih membetulkan tudung neneknya ketika berada di dalam KTM Komuter Utara telah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Tindakan kecil tetapi penuh makna itu membuat ramai pengguna TikTok tersentuh dan mengundang sebak yang bergunung.

Baca juga: Bapa TERNIKAH Anak Kandung Hingga Ada Zuriat, Masih Boleh Dibinkan Namanya & Wajib Bubar Perkahwinan!

remaja oku

Tangkap layar TikTok Caen_super77

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @Caen_super77, kelihatan remaja lelaki tersebut duduk di sebelah seorang warga emas dipercayai neneknya, sebelum perlahan-lahan membetulkan tudung wanita itu dengan penuh sopan.

Nenek berkenaan pula dilihat tenang dan tidak kisah dengan perbuatan cucunya.

“Dia dah tentu syurga, ditambah dia jaga syurga dia,” tulis kapsyen video tersebut, menggambarkan kasih dan kelembutan remaja itu terhadap insan tua yang menjaganya.

Pada awalnya, ramai yang menyangka warga emas itu ibu kepada remaja berkenaan. Namun, beberapa komen termasuk daripada seorang individu dipercayai kakak kepada remaja tersebut menjelaskan perkara sebenar.

“Wah ini adik saya dengan tok (nenek) saya,” komen pengguna TikTok @Hazreenadriana.

Baca juga: Pemandu Lori Simen Maut Serangan Jantung Sewaktu Cari Rezeki, Rempuh Kereta Di Kubang Kerian

Selain itu, seorang pengguna lain yang mengenali pasangan berdua itu turut berkongsi bahawa mereka sering kelihatan bersama di kawasan sekitar George Town, Pulau Pinang.

“Selalu jumpa tok dengan tokwan dia. Mai (datang) makan-makan kat Astaka Jelutong. Baik adik ni,” kata Ammar.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak melihat layanan lembut remaja tersebut terhadap neneknya. Ramai yang mendoakan agar mereka berdua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

“Terasa malu pada diri sendiri. Aku pendosa, bertuahnya adik ni.

“Tengok ni pun sis menangis. Ya Allah, semoga kehidupan awak sentiasa lancar rezeki adik,” ujar warga maya.

Baca juga: Bertemu Jodoh Selepas 40 Tahun Terpisah, Wanita Dilamar Di Tempat Pertemuan Semula Nabi Adam & Hawa!

Sumber: Kosmo!

FT Image: TikTok @Caen_super77

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×