redONE Mobile, Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara mengumumkan pelancaran pelan terbaharunya iaitu redONE Postpaid FC40.
Menariknya, pelanggan bakal menerima ganjaran jersi percuma, selain menyumbang kepada keperluan pendidikan khas negara.
Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!
redONE MOBILE PELAN POSTPAID FC40

Pelan redONE Postpaid FC40 jalin kersama dengan Safee Sali
Istimewanya, pelan redONE Postpaid FC40 direalisasikan hasil kerjasama dengan bekas pemain bola sepak tanah air, Safee Sali yang juga merupakan duta redONE Mobile.
Pelan ini juga dipadatkan dengan internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian hanya pada RM40 sebulan.
Bagi peminat bola sepak dan penyokong setia Safee Sali, ini merupakan peluang terbaik untuk anda mendapatkan jersi keluaran eksklusif beliau. Kalau nak tahu, setiap pendaftaran anda akan menerima secara percuma jersi tertera nombor 10 yang pernah disarung oleh ikon bola sepak hebat ini.
Menerusi pelan ini, pelanggan juga dapat menikmati capaian internet mahupun panggilan merentasi liputan rangkaian terluas di seluruh Malaysia yang memastikan ketersambungan, tidak kira di mana sahaja anda berada.
Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!
Pelanggan juga dapat menyumbang kepada Pusat Permata Kurnia
Keistimewaan pelan ini bukan setakat itu sahaja.
redONE Mobile juga mengambil langkah penting untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menyalurkan 25% daripada jumlah bil bulanan untuk setiap langganan pelan redONE Postpaid FC40 kepada Pusat Permata Kurnia.
Ia bagi memberi sokongan dalam menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
“redONE Mobile komited dalam usaha untuk mencipta pelan-pelan pascabayar inovatif yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan tetapi juga menawarkan ganjaran istimewa kepada mereka.
“Kami berbangga dapat berganding bahu dengan Safee Sali untuk suatu kerjasama yang memberi ganjaran
jersi eksklusif percuma kepada peminat bola sepak Malaysia dan sambil itu, menyalurkan sebahagian
daripada langganan bulanan kepada golongan kanak-kanak yang benar-benar memerlukan.
“Kami berhasrat untuk menawarkan lebih banyak produk, perkhidmatan dan ganjaran menarik kepada pelanggan redONE Mobile di masa hadapan.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran.
Safee Sali turut meluahkan penghargaan kepada redONE Mobile,
“Saya amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan redONE Mobile yang sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan
mampu milik yang bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.
“Inisiatif ini amat bermakna bagi saya kerana buat julung kalinya saya terlibat dalam satu bentuk kerjasama yang mengabungkan
perkhidmatan untuk pelanggan. Di mana, mereka bukan sahaja mendapat ganjaran malah turut menyumbang kepada institusi kebajikan.
“Saya juga gembira dapat turut serta dalam usaha murni menyokong pendidikan anak-anak berkeperluan khas di Pusat PERMATA Kurnia.”
Baca juga: Google Lancar Advertising Revenue Lab Malaysia, Berita Digital Berkembang Pantas!
LANGGAN SENDIRI SECARA DALAM TALIAN

Pelan redONE Postpaid FC40 boleh dilanggan sendiri secara dalam talian. Bagi anda yang berminat untuk melanggan, hanya perlu melayari platform-platform berikut dan mengimbas kod QR yang disediakan:
Laman web dan media sosial rasmi redONE Mobile
- Laman web rasmi: redONEMobile.com.my
- Facebook: @redONE Mobile
- Instagram: @redonemobile.my
Media sosial Safee Sali
- Facebook: @SafeeSali10Official
- Instagram: @supersafee_10
Maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa lain oleh redONE Mobile boleh juga didapati di laman web rasmi yang tertera di atas.
