Euforia Bola 2026
Rakyat

Buat Pemilik Kenderaan Usia Lebih 20 Tahun, Kerajaan Tawar RM2,000 Rebat ‘Trade-In’ Beli Kereta Baharu!

pemilik kenderaan

Pemilik kenderaan berusia 20 tahun kini berpeluang menggantikan kereta lama mereka dengan model baharu melalui Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama yang dilancarkan pada Selasa oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Program ini menyasarkan sekurang-kurangnya 5,000 kenderaan untuk menikmati manfaat rebat dan kenderaan lebih moden.

Baca juga: [TERKINI] PM Anwar Setuju TIADA Ujian Diagnostik Untuk Kemasukan Ke Darjah Satu

REBAT UNTUK PEMILIK KENDERAAN USIA LEBIH 20 TAHUN

pemilik kenderaan

Gambar BERNAMA: LOKE berucap pada majlis peluncuran Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama hari ini.

Menterinya, Anthony Loke, berkata, program ini membolehkan pemilik kenderaan jenama tempatan menukar kenderaan lama mereka dengan kereta baharu yang lebih selamat, cekap tenaga dan mesra alam.

Di bawah program tersebut, setiap penerima layak akan menerima geran padanan sehingga RM2,000 daripada kerajaan, selain insentif setara daripada pengeluar kenderaan tempatan, sekali gus membolehkan jumlah rebat mencecah sehingga RM4,000 bergantung kepada model yang dipilih.

“Bermula esok mereka boleh ke show room (bilik pameran) terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Dengan peruntukan RM10 juta, kita menyasarkan minimum 5,000 kenderaan akan terbabit menerusi program ini.

“Itu sebagai permulaan, sekiranya program ini berjaya mendapat sambutan, kita akan berjumpa dengan Kementerian Kewangan untuk yakinkan bahawa program ini memberi impak besar kepada ekonomi dan alam sekitar,” katanya dalam Majlis Peluncuran Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama di sini, semalam.

Baca juga: Kanak-Kanak, Pelajar & OKU Boleh Naik Tren PERCUMA Dengan Pas MyRailLife, Bantu Ringankan Kos Pengangkutan

pemilik kenderaan

Gambar hiasan penulis.

Program diperkukuhkan dengan menggunakan e-DeREG

Program ini turut diperkukuh melalui penggunaan Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi proses pembatalan pendaftaran secara digital.

Kenderaan lama yang diserahkan akan dilupuskan secara sah melalui Authorised Automotive Treatment Facility (AATF) bagi memastikan proses pelupusan profesional dan mematuhi piawaian alam sekitar.

“Melalui mekanisme AATF ini, dapat mengelakkan penyalahgunaan identiti dan nombor pendaftaran, memastikan kenderaan lama tidak kembali ke jalan raya, menguruskan bahan buangan dan komponen kitar semula secara selamat dan menyokong agenda kelestarian alam sekitar dan ekonomi kitaran,” jelas Loke.

Beliau menambah bahawa program ini adalah serampang dua mata, membolehkan rakyat memiliki kereta baharu dengan rebat dan pada masa sama menyelesaikan isu kenderaan lama.

“Melalui pendekatan ini, kita harap dapat menggalakkan dan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kenderaan lama mereka boleh dilupuskan dengan cara teratur dengan mendapatkan semula bayaran tertentu,” katanya.

Baca juga: Panduan Lengkap Rayuan STR 2026 Secara Online & Manual, Kena Ada Dokumen Ini Untuk LULUS!

Sumber; Harian Metro / Sinar Harian

FT Image: penulis / wikipedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×