Euforia Bola 2026
Dapur

Kerana Kurap Badan Merenyam Tak Boleh Kawal, Sapu 5 Bahan Semula Jadi Ini Pada Kulit Terus Baik!

rawatan kurap

Rawatan kurap tidak semestinya bergantung kepada ubat moden semata-mata. Sejak dahulu, pelbagai bahan semula jadi digunakan sebagai penawar tradisional kerana sifatnya yang antikulat dan selamat.

Jika diamalkan secara konsisten, ia mampu membantu meredakan masalah kulit ini dengan lebih cepat. Berikut lima bahan mudah yang boleh dicuba di rumah.

Baca juga: Nampak Biasa Tapi Air Barli Ini ‘Power’ Untuk Buah Pinggang, Patutlah Nenek Kita Amalkan!

RAWATAN KURAP DENGAN BAHAN-BAHAN SEMULA JADI

rawatan kurap

Gambar hiasan jcomp

1. Bawang putih

  1. Hiris atau tumbuk 1–2 ulas bawang putih.
  2. Sapukan terus pada kawasan kurap.
  3. Biarkan 10–15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
  4. Ulang 2–3 kali sehari.

Bawang putih mengandungi allicin yang bersifat antikulat semula jadi.

2. Kunyit hidup

  1. Hiris atau tumbuk kunyit segar.
  2. Sapukan jus kunyit pada kurap.
  3. Biarkan kering selama 20–30 minit sebelum dibilas.
  4. Ulang 2 kali sehari.

Kunyit ada curcumin, bersifat anti-radang dan antikulat.

3. Minyak Kelapa Dara

  1. Sapukan minyak kelapa dara terus pada kawasan kurap.
  2. Urut perlahan supaya meresap.
  3. Biarkan tanpa perlu dibasuh.
  4. Boleh digunakan 2–3 kali sehari.

Asid laurik dalam minyak kelapa bantu lawan kulat.

Baca juga: Buah Oren Mujarab Rawat Batuk Berpanjangan, Minum 2 Kali Sehari Bangun Esoknya Rasa Lega Tekak!

rawatan kurap

Gambar Zuaridamohtar: Daun Gelenggang

4. Daun Gelenggang (Senna alata)

  1. Tumbuk daun segar hingga lumat.
  2. Campurkan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun.
  3. Sapukan pada kurap dan biarkan 20–30 minit sebelum dicuci.
  4. Amalkan 2 kali sehari.

Daun gelenggang memang terkenal sejak dulu sebagai penawar kurap.

5. Cuka epal

  1. Campurkan 1 sudu cuka epal dengan sedikit air.
  2. Sapukan pada kawasan kurap dengan kapas.
  3. Biarkan kering sendiri.
  4. Amalkan 2 kali sehari.

Cuka epal menukar pH kulit sehingga kulat susah membiak.

Peringatan!

  • Elakkan menggaru kawasan kurap untuk cegah jangkitan merebak
  • Jika kurap makin teruk, bernanah atau melarat luas segeralah berjumpa doktor
  • Jaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tidur supaya kulat tidak berulang

Rawatan kurap dengan bahan semula jadi ini boleh dijadikan ikhtiar mudah di rumah, namun jangan abaikan rawatan perubatan sekiranya jangkitan semakin teruk.

Baca juga: Rahsia Orang Lama Rawat PCOS, Dengan 6 Petua Ini Haid Jadi Lancar & Hormon Pun Stabil!

Sumber: Pertanian Satu Perniagaan

FT Image: Pertanian Satu Perniagaan / Zuaridamohtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×