Euforia Bola 2026
Rakyat

Ranking 10 Jersi Bola Paling Cantik Sempena World Cup 2026, Ada Yang Macam Lukisan Mahal!

jersi bola

Menjelang temasya terbesar bola sepak dunia, bukan aksi pemain sahaja yang jadi perhatian tetapi juga jersi bola yang bakal digayakan setiap negara di pentas World Cup 2026.

Tahun ini nampaknya pereka jersi lebih ‘berani main’ dengan idea kreatif terutama bagi jersi kedua (away), apabila ramai mengambil inspirasi daripada budaya tempatan, bangunan ikonik, seni rakyat, tekstil tradisional malah ada juga elemen sejarah negara masing-masing.

Baca juga: Nak Jumpa Doktor Psikiatri Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ini Cara Mudah Tempah ‘Appointment’ Di MySejahtera

10 RANKING JERSI BOLA PALING CANTIK JENIS UTAMA & KEDUA SEMPENA WORDL CUP 2026

Portal ESPN baru-baru ini menyenaraikan ranking jersi paling menarik untuk World Cup 2026. Jom tengok 5 jersi utama (home) dan 5 jersi kedua (away) yang paling mencuri perhatian!

5 RANKING JERSI UTAMA (HOME) WORLD CUP 2026

jersi bola

1. Amerika Syarikat (Nike)

Jersi utama Amerika Syarikat mendapat tempat pertama kerana membawa semula aura klasik Piala Dunia 1994 ketika negara itu kali terakhir menjadi tuan rumah.

Corak belang merah putih kali ini tampil secara melintang dan diberi efek beralun seakan bendera Amerika yang berkibar ditiup angin. Ringkas tapi tetap ada elemen nostalgia yang kuat.

2. Mexico (Adidas)

Sebagai salah satu tuan rumah bersama, Mexico tampil dengan jersi yang diinspirasikan daripada rekaan ikonik era Piala Dunia 1998.

Ia menggunakan elemen budaya Aztec termasuk cetakan Piedra del Sol, salah satu arca terkenal tamadun Aztec. Walaupun versi 2026 nampak lebih moden, aura klasik masih terasa kuat.

3. Brazil (Nike)

Kalau sebut Brazil, warna kuning memang tak boleh dipisahkan.

Jersi baharu mereka diinspirasikan secara longgar daripada skuad legenda 1970 yang dibarisi nama besar seperti Pele, Jairzinho dan Rivellino. Dipadankan dengan trim hijau gelap pada bahagian kolar dan lengan, jersi ini nampak cukup klasik tetapi moden pada masa sama.

4. Maghribi (Puma)

Sekali pandang nampak simple, tapi makin lama tengok makin cantik.

Itulah yang digambarkan ESPN tentang jersi Maghribi apabila ia mempunyai tekstur halus pada fabrik serta logo pasukan di tengah yang nampak cukup kemas.

Bahagian paling menarik ialah sulaman gaya bandar Fez pada hujung lengan dan kolar berkancing yang beri sentuhan premium.

5. Perancis (Nike)

Perancis memang terkenal dengan jersi pasukan kebangsaan yang jarang mengecewakan.

Jersi utama mereka kali ini menggunakan tona biru gelap dengan beberapa lapisan warna yang digabungkan secara diagonal. Tambahan pula, kolar putih lipat dan logo bertekstur gangsa menjadikan keseluruhan rekaan nampak lebih elegan.

Baca juga: Pasport Malaysia Sah 10 Tahun Dah Diwartakan, Ini Senarai Lengkap Harga Baharu & Ganti Jika Rosak Atau Hilang

5 RANKING JERSI KEDUA (AWAY) WORLD CUP 2026

jersi bola

1. Uruguay (Nike)

Boleh kata ini antara jersi away paling ‘rare’. Jersi biru gelap Uruguay diinspirasikan daripada skuad Piala Dunia 1930 yang menjadikan mereka juara dunia pertama dalam sejarah bola sepak.

Bahagian leher pula mempunyai sentuhan warna biru dan oren elektrik yang diibaratkan seperti perisai tradisional masyarakat pribumi, simbolik kepada usaha mempertahankan legasi mereka.

2. Jepun (Adidas)

Jersi kedua Jepun ini terus habis dijual sebaik dilancarkan dan memang mudah faham kenapa.

Rekaannya diinspirasikan daripada jersi baseball retro dengan warna putih lembut serta 12 garisan halus pelangi. Sebelas garisan mewakili pemain di atas padang manakala satu garisan merah di tengah melambangkan komuniti bola sepak Jepun secara keseluruhan.

Simple tapi sangat aesthetic!

3. Perancis (Nike)

Sekali lagi Perancis masuk ranking, kali ini menerusi jersi away mereka. Warna hijau mint yang digunakan diinspirasikan daripada lapisan tembaga Patung Liberty, hadiah Perancis kepada Amerika Syarikat pada tahun 1886.

Kemasan logo tembaga metalik dan jalur kecil warna bendera Perancis pada hujung lengan pula buatkan jersi ini nampak cukup eksklusif.

4. Curaçao (Adidas)

Kalau suka warna terang, jersi Curaçao mungkin antara yang paling menyerlah. Jersi kuning lemon ini diinspirasikan daripada bandar Willemstad yang terkenal dengan deretan bangunan berwarna-warni di tepi sungai.

Campuran warna pastel merah jambu, turquoise dan oren menjadikan jersi ini nampak sangat ceria, sesuai dengan vibe pulau Caribbean.

5. Amerika Syarikat (Nike)

Amerika Syarikat sekali lagi tersenarai dengan rekaan yang membawa nostalgia era 1994. Belang merah putih melintang bersama efek ombak halus memberi identiti klasik yang masih nampak segar untuk World Cup 2026.

Kalau ikut mata anda pula, jersi negara mana paling cantik untuk World Cup 2026?

Baca juga: Buat Pemilik Kenderaan Usia Lebih 20 Tahun, Kerajaan Tawar RM2,000 Rebat ‘Trade-In’ Beli Kereta Baharu!

Sumber: Portal ESPN

FT Image: ESPN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×