Euforia Bola 2026
Famili

Ramadan Paling Gempak! Dutch Lady & Hot FM Kejut & Belanja Sahur Untuk Anda!

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga masa untuk meningkatkan disiplin diri. Namun, tidak dinafikan bahawa cabaran seperti rasa letih dan sukar bangun sahur boleh menjejaskan semangat seseorang dalam menjalani ibadah puasa.

Dutch Lady memahami bahawa Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga satu perjalanan mencabar yang memerlukan ketekalan dan semangat.

Melalui kolaborasi dengan Hot FM dalam program Bekpes Wake Up Call, Dutch Lady menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan Ramadan mereka, menggalakkan mereka untuk meraikan kejayaan kecil dan terus berusaha tanpa berasa putus asa.

Inisiatif ini merupakan satu dorongan untuk mengekalkan momentum dan kesungguhan sepanjang Ramadan.

Bekpes Wake Up Call: Menceriakan sahur dengan kejutan istimewa

Kalau anda nak tahu, kalini penyampai Hot FM bersama Dutch Lady memberikan pengalaman unik kepada pendengar dengan kejutan Bekpes Wake Up Call.

Melalui kejutan panggilan sahur yang menceriakan ini, beberapa pemenang bertuah telah berkongsi pengalaman mereka tentang bagaimana inisiatif ini telah memberi impak positif kepada mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Bayangkan tengah syok tidur, tiba-tiba telefon berbunyi dengan suara ceria penyampai Hot FM! Itulah kejutan yang dialami oleh pemenang bertuah Bekpes Wake Up Call, yang menerima panggilan sahur istimewa daripada Hot FM dan Dutch Lady.

Bukan sekadar dikejutkan dengan penuh energy, mereka juga berkongsi pengalaman menarik sepanjang Ramadan kali ini.

Salah seorang pemenang, Nani, menceritakan pengalamannya:

“Waktu Hot FM call, saya tengah bertugas di hospital. Terus rasa segar dan bersemangat bila dengar suara penyampai!”

Untuk sahur, Nani memilih hidangan mudah tapi mengenyangkan, susu Dutch Lady dan roti. Katanya, kombinasi ini memang bantu kekal bertenaga sepanjang hari!

Bekpes Hot & Sahur On-Ground: Kejutan sahur yang meriah!

Untuk menyemarakkan lagi Ramadan, Bekpes Hot bersama KJ turun padang dalam acara Sahur On-Ground yang diadakan pada 22 Mac 2025 (Sabtu), dari 2:00 pagi hingga 4:00 pagi. Dalam acara ini, Bekpes Hot dan Dutch Lady belanja sahur untuk 100 tetamu di sebuah restoran Mali’s Corner menjadikannya satu pengalaman yang lebih istimewa dan bermakna.

Lebih menarik, Dutch Lady turut serta dalam acara ini untuk berinteraksi dengan orang ramai, berkongsi pengalaman mereka dan menghidupkan semangat Ramadan dengan suasana yang penuh keceriaan. Ini selari dengan tema #HidupkanSemangatRamadanmu, yang menekankan semangat kebersamaan dan ikatan ukhuwah dalam suasana Ramadan.

Kepentingan pemakanan seimbang semasa sahur

Sahur memainkan peranan penting dalam memberikan tenaga yang mencukupi untuk sepanjang hari berpuasa. Salah satu sumber pemakanan yang baik untuk sahur adalah susu Dutch Lady kerana ia mengandungi kalsium dan vitamin D3, kombinasi nutrisi lengkap dan juga merupakan minuman yang menyegarkan.

Dengan pengambilan pemakanan yang seimbang, anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa dan bertenaga.

Jom sambut Ramadan dengan semangat yang lebih positif!

Melalui inisiatif yang diadakan oleh Dutch Lady, mereka juga terus komited dalam membantu masyarakat Malaysia mengekalkan kecergasan dan khasiat sepanjang bulan Ramadan.

Sebelum terlupa, Dutch Lady turut memperkenalkan perisa edisi terhad sempena Ramadan iaitu Ros Bandung dan Kurma untuk anda cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak aktiviti menarik dan informasi berguna, ikuti Dutch Lady di platform berikut:

Facebook: @Dutch Lady Malaysia
Instagram: @DutchLadyMY
TikTok: @DutchLadyMY

Mulakan pagi anda dengan pemakanan yang sihat dan penuh tenaga bersama Dutch Lady. #HidupkanSemangatRamadanmu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×