Dalam kehidupan seharian, hubungan silaturahim memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan.
Namun, masih ada sesetengah orang yang memilih untuk memutuskan silaturahim dengan cara mengkhianati kepercayaan, menyebarkan fitnah, atau menyimpan dendam yang berpanjangan.
Baca juga: Islam Larang Tidur Satu Selimut Walau Dengan Kawan & Keluarga, Rapat Tak Bermakna Bebas!
BOLEH PUTUS HUBUNGAN SILATURAHIM DENGAN ORANG KHIANAT KITA?

Freepik
Menerusi ceramah yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di laman YouTubenya, beliau menjelaskan makna silaturahim di mana silah adalah hubungan manakala rahim, perut. Hubungan perut ini pula bererti orang-orang yang datang atau lahir dari perut yang sama.
“Silah itu maknanya hubungan. Rahim maknanya perut. Hubungan perut. Ini bermakna orang-orang yang datang atau lahir dari perut yang sama. Adik-beradik seibu sebapa, atau adik-beradik seibu. Itulah silaturahim.
“Sekarang kita dah lebih daripada itu, kawan Facebook pun kita anggap silaturahim juga. Itu tak tepat tapi tak salah. Yang paling tepat silaturahim adalah hubungan adik beradik yang lahir dari perut yang sama,” jelasnya.
Tambah beliau, memutuskan hubungan silaturahim kerana dikhianati adalah dibolehkan dalam keadaan tertentu, namun niat untuk memutuskan hubungan sebagai saudara tidak seharusnya ada dalam hati.
“Jadi kalau orang khianat kita, boleh tak kita jauh diri daripada dia? Boleh. Cuma janganlah kita memutuskan hubungan sebagai dua orang Islam berpisah kerana orang Islam ini bersaudara. Jangan niat putus saudara. Kita niat jauhkan diri supaya menolak mudarat daripada dia.
“Kita kawan kita jahat sangat boleh menyebabkan kita jatuh kepada buat benda yang jahat. Kita jauhkan diri daripada dia. Bukan niat putus silaturahim. Niat menjaga diri kita daripada keburukan. Hukumnya boleh. Jangan niat nak putus saudara,” ujarnya.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Fenomena Blind Box Makin Tarik Minat Pembeli, Tapi Apa Hukum Sebenarnya?
Sumber: YouTube
