Euforia Bola 2026
Rakyat

Pusat Rawatan TH Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci & Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah 2026M

PUSAT RAWATAN TABUNG HAJI

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi tidak lagi membenarkan Pusat Rawatan Tabung Haji ditubuhkan di Tanah Suci dan memperkenalkan garis panduan kesihatan terbaharu bagi bakal jemaah haji musim 1447H/2026M.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Mustakim Mohamad, semua bakal jemaah haji dari Malaysia perlu mematuhi syarat baharu tersebut yang akan dijadikan asas bagi kelulusan visa haji.

Baca juga: Tabung Haji Umum Syarat Kesihatan Jemaah 1447H/2026M, Lulus Saringan Baru Boleh Pergi!

PUSAT RAWATAN TABUNG HAJI DI TANAH SUCI TIDAK LAGI DIBUKA

PUSAT RAWATAN TABUNG HAJI

Antara syarat utama adalah jemaah mesti bebas daripada penyakit berjangkit, tidak menghidap penyakit serius atau kronik yang tidak terkawal, dan berupaya menunaikan ibadah haji tanpa bantuan.

Mereka yang disahkan menghidap penyakit seperti kegagalan buah pinggang kronik, penyakit jantung serius, kegagalan jantung, penyakit paru-paru atau hati kronik akan dianggap tidak layak menunaikan haji.

“Golongan yang mengalami masalah mental atau saraf yang menjejaskan fungsi kognitif, warga emas yang lemah fizikal atau menghidap dementia, wanita dengan kehamilan berisiko tinggi, pesakit kanser yang sedang dirawat, serta individu dengan penyakit berjangkit aktif turut dikecualikan,” katanya.

Mustakim turut menasihatkan bakal jemaah supaya memperkukuh tahap kesihatan fizikal memandangkan ibadah haji memerlukan ketahanan diri tinggi dalam keadaan cuaca panas dan persekitaran berdebu di Arab Saudi.

Beliau menegaskan bahawa kesihatan yang baik merupakan sebahagian daripada syarat kemampuan mengerjakan haji (istito‘ah) seperti yang ditetapkan dalam resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, selain perlu lulus pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PUSAT RAWATAN TABUNG HAJI

Tambahnya lagi, bagi musim haji 1447H/2026M, TH tidak lagi dibenarkan mengendalikan Pusat Rawatan di Tanah Suci. Sebaliknya, jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital kerajaan Arab Saudi dengan pemantauan rapi daripada pasukan perubatan KKM.

“Namun begitu, TH masih menyediakan kemudahan klinik kesihatan di setiap bangunan penginapan jemaah di Makkah dan Madinah, lengkap dengan klinik pesakit luar dan farmasi yang dikendalikan petugas kesihatan KKM bagi memastikan kesinambungan rawatan,” katanya.

Selain itu, TH juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan hospital swasta di Arab Saudi bagi menambah kemudahan kesihatan jika perlu. Untuk musim haji akan datang, seramai 225 petugas kesihatan akan ditempatkan bagi memastikan kebajikan jemaah terus terjamin.

Mustakim menegaskan bahawa keselamatan, kesihatan dan keselesaan jemaah Malaysia kekal menjadi keutamaan TH setiap tahun, dengan sebahagian besar petugas di Tanah Suci terdiri daripada pasukan perubatan terlatih.

Baca juga: Dari Berpura-Pura Meninggal & Mengait Bentuk Buah Dada, Inilah Hobi Paling Pelik Pernah Wujud!

Sumber: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×