Usaha memperkukuhkan sistem sokongan kepada kanak-kanak autisme di Malaysia terus diperkasa apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuka sebuah pusat baharu di Bangi yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2026. Pusat yang dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan semasa yang semakin meningkat, khususnya di negeri Selangor.
Baca juga: Detik Cemas Berakhir Lega! PPUM Berjaya Selamatkan Nyawa Remaja 16 Tahun, Alami Salur Darah Bengkak
PUSAT PERKHIDMATAN AUTISME BANGI DIBUKA UNTUK DAFTAR

Menurut JKM, pusat ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penting termasuk:
- Saringan dan pengesanan awal autisme
- Program intervensi awal secara berstruktur
- Terapi pelbagai disiplin
- Sokongan berterusan kepada ibu bapa, keluarga dan penjaga
Pendekatan ini bertujuan memastikan kanak-kanak mendapat intervensi lebih awal dan menyeluruh bagi membantu perkembangan mereka dengan lebih baik.
Pendaftaran ke PPA Bangi kini dibuka kepada:
- Kategori A: Kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun
- Kategori B: Remaja berumur 13 hingga 18 tahun
Ibu bapa dan penjaga yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan atau dengan mengimbas kod QR pada poster hebahan.
JKM turut menjelaskan bahawa premis pusat berkenaan sedang melalui proses naik taraf sebelum dibuka secara rasmi. Dengan wujudnya pusat ini, ia diharap dapat menjadi platform sokongan yang lebih tersusun serta mesra keluarga.

Pihak JKM menegaskan bahawa peningkatan kes berkaitan autisme memerlukan pendekatan lebih sistematik, termasuk diagnosis awal, intervensi berterusan dan sokongan kepada keluarga yang terlibat.
Pembukaan PPA Bangi ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh jaringan sokongan OKU autisme di negara ini, sekali gus membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan berdikari.
Untuk mendaftar, klik pautan ini: Daftar
Sebarang pertanyaan, hubungi 03-8926 1996 atau emel kepada [email protected]
Sumber: Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat & Hajah Nancy Haji Shukri
