Apabila bercakap mengenai penyakit strok, kebanyakkan kes berkenaan akan berlaku di dalam bilik air atau bilik mandi. Lantas, ini menyebabkan ramai tertanya apa punca strok yang sebenar?
Rupanya, cara kita mandi setiap hari sangat besar pengaruhnya terhadap kesihatan badan. Buat anda yang tertanya-tanya kenapa serangan strok ini seringkali berlaku dalam bilik air, berikut merupakan penjelasannya.
PUNCA STROK SELALU TERJADI DALAM BILIK AIR, RUPANYA SALAH CARA MANDI!

Foto: Freepik
Kenapa STROK banyak/ramai yang kena di bilik air? Kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi, kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar kena stroke bila jatuh di tempat lain? Kerana cara mandian yang salah!
Menurut sumber seorang penceramah professor UiTM yang juga terlibat dengan Majlis Sukan Negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala.
Logik ‘warm blooded human‘ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Ikut langkah di bawah:
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Oleh itu, beginilah cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. Selain itu, inilah sunnah mandian ikut cara Rasulullah SAW.
Baca juga: Awalnya Ingat Hanya Sakit Bahu, Anak Amyza Aznan Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3!
Sumber: Freepik (foto), Ahmad Sabirin Arshad
