Sejak kebelakangan ini, kejadian melibatkan orang hilang semakin bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Mengejutkan adalah, golongan yang paling ramai terlibat dalam insiden ini adalah golongan muda yang kalau difikir logik adalah sangat mahir dalam teknologi mengesan menggunakan GPS.
Jika berlaku kes kehilangan orang, pasti perkara pertama yang terlintas difikiran ramai adalah kerana perbuatan jenayah seperti culik dan sebagainya. Namun, laporan mendapati punca utama adalah datang dari keinginan diri sendiri!
Baca juga: Bapa Rogol Anak OKU Sehingga Hamil & Lahirkan Bayi, Kini Ditahan!
Lari rumah & ikut kekasih jadi punca tertinggi kes orang hilang di Malaysia

Menurut laporan Sinar Harian, punca tertinggi kes orang hilang yang dilaporkan di Malaysia adalah kerana lari daripada rumah dan ikut kekasih.
Dalam satu temu bual bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi kes lari rumah, banyak yang disebabkan ikut kawan tanpa pengetahuan ibu bapa dan ahli keluarga. Beliau berkata, bagi mengatasi masalah sebegini, setiap keluarga perlu memastikan keadaan di dalam dan luar rumah mestilah kondusif.
“Bila sampai tempoh 24 jam dan ada yang masuk ke dua hari, mak ayah buat laporan hilang. Kemudian polis siasat, rupanya anak mereka ikut kawan”.
“Punca kedua tertinggi orang hilang ialah ikut kekasih. Kes ini sama juga, tak beritahu penjaga dan sebagainya.”
Namun seterusnya, tidak dinafikan bahawa ada kes orang hilang ini yang dilaporkan disebabkan memang jiwanya nak mencari kebebasan. Mencari kebebasan sebenarnya bukan orang hilang, tetapi lebih kepada salah faham atau krisis dengan keluarga, katanya dipetik Sinar Harian.
PUNCA NAK BEBAS DARI MASALAH RUMAH

Apa yang penting adalah ibu bapa, keluarga atau penjaga harus membina persefahaman dan komunikasi yang baik. Menurut Saifuddin lagi, ini kerana ada antaranya berpunca daripada komunikasi yang tidak dapat diluah sehingga menyebabkan ada ahli keluarga yang mencari jalan keluar sendiri.
“Selain itu, ada juga insiden orang hilang disebabkan dilarikan oleh penjaga yang sah. Mak ayah bergaduh dan tak tinggal sekali. Kadang-kadang, mak yang bawa anak tetapi bapa tak tahu sedangkan giliran bapa.
“Bila mak ambil anak dua, tiga hari dan tak kembalikan, maka dia lapor sebagai hilang tapi sebenarnya diambil oleh penjaga yang sah”.
Berdasarkan laporan yang diterima juga sebenarnya mendedahkan bahawa kes orang hilang disebabkan menjadi mangsa jenayah adalah lebih kecil berbanding faktor-faktor yang lain.
Sebanyak 10 peratus yang berakhir dengan jumpa mayat sahaja seperti yang berlaku di Tanjung Malim (Nur Farah Kartini Abdullah).
“Kita bersimpati kerana asalnya dilaporkan hilang oleh rakan karibnya, kemudian barulah kita dapati dia meninggal dunia dan mayatnya ditemui,” ujar Saifuddin.
*Kalau benar punca hilang utama ini adalah kerana keinginan mencari kebebasan dan ikut kekasih, janganlah sampai menyusahkan orang lain.
Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’
Sumber: Sinar Harian
