Euforia Bola 2026
Asuh

5 Tabiat Punca Anak Susah Tidur Malam, Ibu Ayah Jangan Buat Kalau Tak Nak Jadi ‘Mata Panda’!

SUSAH TIDUR MALAM

Masalah anak susah tidur malam sering menjadi cabaran utama buat ibu bapa, terutama apabila anak kelihatan aktif dan enggan tidur walaupun sudah lewat. 

Sekiranya ibu ayah di luar sana mengalami masalah anak susah tidur malam, cuba elakkan 5 perkara di bawah ini dan jangan jadikan satu budaya di rumah.

Baca juga: Sekolah Tadika Ini Dedah Anak 2 Tahun Dengan Aktiviti Kehidupan Sebenar, Siap Masak & Jahit!

BUDAYA DEKAT RUMAH PUNCA ANAK SUSAH TIDUR MALAM, ELAKKAN

SUSAH TIDUR MALAM

Freepik

1. Terdedah kepada skrin (TV, telefon, tablet) satu jam sebelum tidur

Terlalu banyak pendedahan kepada cahaya biru dari skrin sebelum waktu tidur akan mengganggu penghasilan hormon melatonin, iaitu hormon yang bertanggungjawab membantu badan bersedia untuk tidur.

Cahaya skrin boleh menghantar isyarat kepada otak seolah-olah masih waktu siang, menyebabkan anak jadi segar semula dan sukar untuk tidur.

2. Aktiviti fizikal lasak terlalu hampir dengan waktu tidur

Bermain secara aktif seperti berlari, melompat, atau bergusti memang bagus untuk perkembangan motor anak, tapi jika dilakukan terlalu hampir dengan waktu tidur, ia akan menyebabkan otot dan sistem saraf anak terlalu aktif.

Ini menyukarkan mereka untuk “slow down” dan masuk ke dalam fasa tenang yang diperlukan sebelum tidur.

3. Makan malam terlalu lewat

Anak yang makan lewat malam biasanya akan mengalami ketidakselesaan perut, kembung, atau masih kenyang semasa waktu tidur. Proses pencernaan memerlukan masa, dan bila anak terus baring selepas makan, ini boleh menyebabkan tidur terganggu atau sukar untuk lena.

SUSAH TIDUR MALAM

4. Tunggu anak mengantuk baru tidurkan

Ini salah faham yang biasa berlaku. Tidur bukan bergantung sepenuhnya kepada rasa mengantuk. Konsistensi dan disiplin waktu tidur lebih penting supaya tubuh anak terbiasa masuk ke “mod tidur” pada waktu yang sama setiap hari.

Jika tunggu sampai mengantuk baru disuruh tidur, anak akan terbiasa berjaga lebih lama.

5. Tiada rutin atau ritual sebelum tidur

Ritual atau rutin sebelum tidur seperti gosok gigi, membaca buku cerita, berdoa, atau bersembang santai sangat penting untuk membina isyarat tetap kepada otak bahawa sudah hampir waktu tidur.

Masalah anak susah tidur malam bukan berpunca dari diri mereka semata-mata, tetapi tabiat keluarga juga memainkan peranan penting.

Baca juga: Duit Simpanan ASB RM10K Hilang, Ibu Tuduh Anak Curi Tapi Rupanya Ada ‘Plot Twist’!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×