Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Puding Tiramisu Lemak Berkrim, Gabungan Sempurna Kopi & Keju!

PUDING TIRAMISU

Pencuci mulut puding tiramisu pastinya menjadi kegemaran ramai kerana gabungan rasa kopi dan sos kastard dalam satu hidangan.

Lapisan biskut dan sos lemak berkrim pastinya akan memikat selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. Jadi, jom cuba buat puding tiramisu di rumah!

Baca juga: Resepi Cheesecake Viral Coklat Leleh Macam Di Istanbul, Manis Berlemak Pastinya Kegemaran Ramai

RESEPI PUDING TIRAMISU LEMAK BERKRIM, TAK CUKUP SEBEKAS

PUDING TIRAMISU

Bahan-bahan kastard puding tiramisu:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 tin air kosong

Bahan-bahan lain:

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga sebati.

2. Guna kuali non stick supaya lebih mudah dan buka api perlahan sahaja.

3. Kacau sehingga tekstur kelihatan likat dan tutup api.

4. Biarkan sejuk.

5. Kemudian, tuang sos kastard ke dalam bekas pilihan anda dan susun biskut kopi.

6. Setelah itu, taburkan sedikit serbuk koko, nestum dan tuangkan lagi sos kastard diikuti dengan biskut kopi.

7. Ulang langkah ini sehingga siap sepenuhnya dan diakhiri dengan taburan serbuk koko.

Simpan di dalam peti ais sebelum anda menikmatinya. Lebih sejuk, lebih sedap.

Selamat mencuba dan semoga resepi ini memberi manfaat buat anda semua!

Baca juga: Teknik Betul Celur Bihun, Mi Kuning & Kuetiau, Barulah Masakan Tak Terlajak Lembik

Sumber: Facebook Cik Pooja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×