Apabila berlaku kematian di Thailand, waris sering menghadapi pelbagai cabaran dalam mengurus jenazah kerana prosesnya agak rumit dan memerlukan pematuhan beberapa prosedur rasmi serta dokumen penting
Ia termasuk laporan hospital, sijil kematian tempatan dan surat kebenaran daripada konsulat Malaysia. Memahami langkah-langkah ini awal dapat memastikan urusan jenazah dijalankan dengan tertib.
Baca juga: Ini 5 Lapangan Terbang Paling Kecut Perut, Juruterbang Pun Tak Senang Duduk Bila Nak ‘Landing’!
BERLAKU KEMATIAN DI THAILAND? INI PROSES DARI A-Z

Freepik
Berikut adalah panduan sekiranya kematian berlaku di Thailand.
Proses di Thailand
1. Laporan hospital
Dapatkan Medical Report atau Death Report daripada hospital tempat kematian berlaku. Dokumen ini penting untuk pengesahan rasmi kematian.
2. Laporan polis
Buat laporan polis di balai polis berhampiran lokasi kematian. Laporan ini diperlukan untuk dokumentasi dan keselamatan.
3. Sijil kematian Thailand
Mohon sijil kematian di pejabat tempatan:
Thesapiban – Majlis Perbandaran setempat
Amphoe – Pejabat Daerah
Sijil ini akan digunakan untuk urusan di konsulat dan semasa membawa jenazah keluar dari Thailand.
4. Konsulat atau Kedutaan Malaysia
Kunjungi Konsulat Malaysia di Thailand untuk mendapatkan:
– Surat pengesahan kematian.
– Surat kebenaran membawa pulang jenazah (Export Permit) yang wajib untuk kastam dan imigresen.

5. Pengangkutan jenazah
Lantik van jenazah tempatan Thailand untuk menghantar jenazah ke sempadan seperti Bukit Kayu Hitam, Danok atau Padang Besar.
Van jenazah Malaysia akan mengambil di sempadan dan menyerahkan semua dokumen serta pasport di imigresen Thailand dan Malaysia.
Proses di Malaysia (Sempadan)
1. Laporan polis Malaysia
Buat laporan polis di balai polis sempadan, contohnya Balai Polis Bukit Kayu Hitam, dan dapatkan permit menguburkan.
2. Pejabat kesihatan sempadan
Serahkan dokumen kesihatan dan surat dari konsulat untuk mendapatkan pelepasan import jenazah.
3. Selesai
Setelah semua dokumen lengkap, jenazah boleh dibawa ke rumah waris atau terus ke tanah perkuburan untuk pengebumian.
Pastikan semua dokumen berikut lengkap:
- Pasport si mati
- Sijil Kematian Thailand (asal dan terjemahan)
- Surat Konsulat Malaysia
- Laporan Perubatan (bebas penyakit berjangkit atau Covid-19 jika disyaratkan)
Jika menghadapi kesukaran bahasa atau urusan, anda boleh menghubungi:
- Tourist Police Thailand: 1155 (24 jam)
- Tourist Assistance Center (TAC): 1672 (24 jam)
- Agen Insurans Thai, bayaran ikut persetujuan pihak insurans
Sebaiknya jangan bergaduh jika berlaku perselisihan. Utamakan ketertiban dan hormat terhadap jenazah.
Urusan kematian di luar negara tidak mudah. Jangan malu untuk meminta bantuan pihak berkuasa atau konsulat. Paling utama, jenazah dapat dibawa pulang dengan tertib dan hormat, dan proses pengebumian dapat dijalankan dengan sempurna.
Baca juga: Tiket Tren MySawasdee 2026 Pergi Hatyai Dah Dibuka, Boleh Mula Beli Dari Sekarang Sebelum Sold Out!
Sumber: Facebook Cikgu Joe Satun
